CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7988|Reply: 18

Waheeda Nafi Suami Punca Menyepi Dalam Bidang Seni, Syukur Masih Ada Peminat Yang Ingat

[Copy link]
Post time 9-8-2023 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Waheeda menzahirkan rasa syukur apabila namanya kembali menjadi sebutan peminat selepas tular persembahannya menyanyikan lagu Wassini pada Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2003.


Pemilik nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab mengakui terharu dengan sokongan dan ingatan peminat terhadapnya biarpun sudah lebih 10 tahun menyepi.






"Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih dan bersyukur, benda sebegini buat saya terharu. Mereka sangat baik," katanya dalam satu temu bual bersama Melodi.


Dalam pada itu, Waheeda turut menyangkal dakwaan yang mengatakan dia tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian kerana dihalang oleh suaminya, Ustaz Akhil Hayy yang juga seorang pendakwah bebas dan penyanyi.


  



"Kesian suami saya, banyak kena tuduh macam-macam. Pada mulanya berundur sekejap. Berhenti itu sebab nak kenal Al-Quran semula, lebih pada mencari ilmu.


"Ia tidak ada kena mengena, sebenarnya nak berhenti sebelum kahwin lagi tetapi saya tak tahan dan saya kena berhenti. Suami saya cakap, 'Aku tak pernah halang dia, kongkong dia, lagi-lagi bab muzik sebab itu memang jiwa saya'.


"Sehingga ke hari ini, saya membesar dengan muzik, pada dia 'teruskan'," katanya lagi.


Sementara itu, Akhil Hayy turut memberikan respons dengan menegaskan tiada isu menghalang isterinya itu untuk berkarya.


  



"Saya sebagai suami sudah tentu saya hanya mengawal, memang dia sudah berhijrah, dia berhenti untuk kegiatan seni walaupun bukan sepenuhnya atas dasar-dasar hukum.


"Alhamdulillah, so far so good, tiada isu pun, kalau saya tiada kelak dan dia ingin kembali, itu hak dia. Tapi masih bersama itu saya nampak, beliau berhijrah kerana Allah.


"Apa pun terletak atas niat masing-masing. Sebagai suami saya hanya mengawal keadaan itu suapaya nanti tidak disoal siasat dan dipertanggungjawab di masyar kelak," kata Akhil Hayy.




Sumber: Xtra, Melodi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
F i r s t












Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ingat tu memang ada tapi bukan peminat. Ada ke peminat?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Org ingat part bersahur mc d pukul 4 pagi jurrrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia ni dulu menyepi sbb kena kecam jd penyondol ke..
Ape citer bekas isteri ustaz yg lawa tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia ni dulu menyepi sbb kena kecam jd penyondol ke..
Ape citer bekas isteri ustaz yg lawa tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2023 06:27 AM | Show all posts
Eh orang tak lupa kot kesah penyondol moslemah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 07:58 AM | Show all posts
oh dia penyondol jugek ke...
aku suka jek dia nih
kansel la suka nok sbb geng birah kaki gelek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 08:53 AM | Show all posts
iols pun ingat kes sondol yislamik
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 09:10 AM | Show all posts
Teringat parti dipantai hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada anak ke dia ngn akil hay ni..antara sondolan epik jaman dolu2
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 10:06 AM | Show all posts
kalau ada yg tak ingat



dah kantoi siap nangis2 bekap diri dan pasangan pahtu kawin. happ ending *sehingga artikel ini ditulis*

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 10:29 AM | Show all posts

hahahaahhhahhaha.. da senyap sepi pasal kes sondol menyondol tetiba nafi menyepi dalam bidang seni.. LOL..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 10-8-2023 06:14 AM
Bukan dia ni dulu menyepi sbb kena kecam jd penyondol ke..
Ape citer bekas isteri ustaz yg lawa tu

Pernah membontoti dengan boy belon dekat kompeni scammer dbi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sondolan islamik
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 11:43 AM | Show all posts
dah lama x laku...dasar kaki sondol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dekat youtube program dengan Haze, macam ramai je fans sheols. Mungkin theyols tak tahu atau lupa pasal kes sondolan tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tatau tapi iols berhati hitam rengsa dengab sheols. Ikon setazah sondol. Yang si akhil pulak dolu kemain menghencap sheols, last² sangkut berparti sakan di pantai. Siap tengok wayang lagi. Tade serba salah dan simpati yach sheols dekat wife akhil masa ittuew.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 10-8-2023 03:02 AM
Org ingat part bersahur mc d pukul 4 pagi jurrrr

dah berhealing di tepi pantai malam2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71566 Replies : 2285
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 29892 Replies : 11
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 24988 Replies : 34
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 215770 Replies : 611
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 40513 Replies : 17
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69902 Replies : 595
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 28335 Replies : 10
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 14558 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051843 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list