View: 1823|Reply: 6
|
Ibu, Rakan Wanita Berperwatakan Lelaki Dituduh Dera Remaja 13 Tahun
[Copy link]
|
|
Sungai Petani: Seorang wanita berusia 41 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mendera anak perempuan kandungnya sendiri berusia 13 tahun sejak Julai lalu.
Turut berhadapan pertuduhan mendera mangsa ialah seorang wanita berperwatakan lelaki berusia 34 tahun.
Subatradevi (depan) dan Sasikalah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas pertuduhan mendera.
Kedua-dua mereka iaitu K. Subatradevi, 41, dan G. Sasikalah, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di mahkamah berasingan.
Mereka bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran.
Mengikut pertuduhan pertama, Subatradevi didakwa menganiaya anaknya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan pada muka, dahi, kepala, tangan dan siku kiri.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama yang mungkin menyebabkan kecederaan di bahagian depan badan.
Kesalahan bagi pertuduhan pertama dilakukan pada pukul 11.30 pagi, 1 Ogos lalu manakala kesalahan bagi pertuduhan kedua pula dilakukan pada pukul 12 tengah hari pada Julai lepas.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu 1, di sini.
Sementara itu, Sasikalah berdepan dengan satu pertuduhan mendera yang mungkin menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada muka dan kepala.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama kira-kira pada pukul 11 pagi, 31 Julai lalu.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk betul gang2 cat dinding ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 9-8-2023 12:22 AM
Rakanlah sangaattt
Tak tahulah masih ada ke dah delete, kat youtube ada kompilasi true crime Death by Lesbians oleh channel Deadbug says. Kebanyakan kes jenayah geng cat dinding nih melibatkan dera dan bunuh anak salah sorg pasangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
bdoh dah la lesbo pastu dera anak..sial |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran.
Selalunya geng pengkid ramai yg keje kepci.. ekekeke
1st time tengok berita pengkid India.. ahahahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|