CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 4

Doktor Pakar Kanser Tembak Bayi Sebelum Bunuh Diri

[Copy link]
Post time 8-8-2023 09:44 AM | Show all posts |Read mode
New York: Seorang doktor pakar bertindak menembak bayinya sebelum membunuh diri dalam satu insiden mengejutkan di kediaman mewah miliknya di Westchester.


Kejadian tragis itu melibatkan Pakar Hematologi dan Onkologi, Dr. Krystal Cascetta berusia 40 tahun yang berkhidmat di Hospital Mount Sinai di New York City.


Menurut laporan ABC 7, Cascetta meninggal dunia akibat luka tembakan sekitar pukul 7.00 pagi selepas didakwa menembak bayi kecilnya yang dipercayai berusia 4 bulan di kediaman bernilai lebih AS1 juta (RM4.55 juta) di bandar Somer.






“Siasatan awal mendapati Cascetta memasuki bilik anaknya pada awal pagi dan menembak bayi perempuan itu. Kemudian dia menghalakan pistol itu ke arah dirinya sendiri dan melepaskan satu lagi tembakan.


“Insiden itu konsisten dengan tindakan pembunuhan dan membunuh diri,” kata polis negeri dalam satu kenyataan.


Menurut sumber, ibu bapa Cascetta turut berada di kediaman berkenaan ketika tragedi menyayat hati itu berlaku, namun suaminya, Tim Talty, 37, yang mengendalikan kedai rangkaian produk kesihatan tiada di rumah.


Cascetta yang merupakan lulusan Kolej Perubatan Albany, memegang jawatan sebagai profesor madya perubatan di sekolah perubatan swasta Mount Sinai dan menjadi penyiasat aktif ujian klinikal kanser payudara.


Wanita itu pernah menerima anugerah Persatuan Kehormatan Kemanusiaan Emas kerana menunjukkan kecemerlangan dalam penjagaan klinikal kemanusiaan dan dedikasi tinggi kepada perkhidmatannya.


Beberapa bekas pesakit Cascetta dilaporkan memenuhi ruang komen di media sosialnya untuk mengenang pakar perubatan itu dan menzahirkan rasa terkejut dan simpati mereka atas kejadian itu.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 10:31 AM | Show all posts
Sian baby jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 12:05 PM | Show all posts
bunuh diri sndri yg bermasalah tu xleh ke
biarkan baby hdup
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 12:19 PM | Show all posts
Sukar difahami.

Kaya, ada keluarga, ada anak, ada kerjaya, kelihatan kehidupan adalah stabil tanpa gejolak ... apa yang membuat dia depress?? tak ada sebab yang jelas... sebab tak dapat cari penawar kanser?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 03:24 PM | Show all posts
Thread dah ada brp kali nak bukak.. takpe la jajnji meolls dpt posting.. ekekekekekdkekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.961768 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list