View: 2129|Reply: 4
|
Wanita Kena 'Scam' Kerja Sambilan Dalam Talian, Rugi Lebih RM100,000
[Copy link]
|
|
Kuantan: Seorang wanita yang terpedaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan menawarkan gaji tinggi secara dalam talian mendakwa mengalami kerugian RM118,767.49
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 22 tahun itu dikatakan ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi Instagram, pada 23 Julai lepas.
"Suspek dikatakan menawarkan mangsa untuk menyelesaikan satu tugasan dengan bayaran, selain turut memberikan nombor telefon untuk dihubungi, jika mangsa berjaya melakukan kerja itu.
"Mangsa yang menghubungi suspek kemudiannya ditawarkan pula tugasan melakukan tangkap layar barangan di pautan diberikan dengan dijanjikan keuntungan bagi setiap tangkap layar dibuat," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Yahaya berkata, mangsa yang bekerja di sebuah institusi pendidikan di sini, tertarik dengan "kerja" itu kerana menerima upah RM47 selepas menyelesaikan dua tugasan, menyebabkan dia terus menghubungi suspek untuk mendapatkan tugasan selanjutnya.
Suspek didakwa mengarahkan mangsa untuk membuat bayaran terlebih dahulu, dengan dia akhirnya membuat 20 transaksi pemindahan wang ke 11 akaun diberikan.
"Mangsa yang menggunakan wang simpanan bagi membuat bayaran itu turut meminjam daripada bank dan rakan sebelum menyedari dirinya ditipu apabila menyedari jumlah wang yang dikeluarkannya," katanya.
Yahaya berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, petang semalam.
Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja melalui media sosial terutamanya yang menawarkan gaji lumayan bagi kerja mudah serta membuat semakan latar belakang syarikat terbabit.
Orang awam juga dinasihatkan membuat semakan nombor akaun diterima menerusi https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat transaksi pemindahan wang bagi mengelakkan ditipu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
I pun selalu je dpt offer keje² cmni..ntah nombor mana² je yg whats app offer keje cmni..kononnya tak payah keje lama², sehari 30 min je boleh dapat ratus² ringgit..kat situ dah nampak menipu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by helicornia at 8-8-2023 09:52 AM
umo 22 dh ada saving 118k
aku umo 22 dulu saving 1k entah ada ke tak 
baca balik dia pun ada pinjam bank, so takde la rasa malu sgt aku 
|
|
|
|
|
|
|
|
hati2..MANA2 ADA SCAMMER.
Iols ada mat salleh tgh approach nak beli syiling lama 50 sen dgn harga RM10k.
Tp meols kena bayar RM870 utk urusan transfer duit.
konon2 sbb account meols takleh accept duit america.
bullshit punya scammer.
then dekat toktok pun ada scammer yg konon2 keje parttime review content.
Tp ada stage2 dia uols kena bayar dari RM500 - 800 utk dptkan income permanent sebagai viewer.
kawan meols baru terkena rugi RM800 sbb silap buat task.
pastu nak dapatkan balik duit 800 tu kena buat payment 1600 utk dptkan pulangan sebanyak 3200.
kesian member tu...tp dia mengaku silap dia sendiri sbb tertipu dgn janji palsu scammer. |
|
|
|
|
|
|
|
menangis kena mcm ni
sikit tahan lg ni smpi 100k |
|
|
|
|
|
|
| |
|