|
JAKARTA – Seorang wanita di Karawang, wilayah Jawa Barat menjadi tumpuan apabila ramai yang sangsi usianya 39 tahun berikutan wajahnya persis remaja belasan tahun.
Detik melaporkan, wanita bernama Nina Herlina itu berkongsi gambar dia bersama anak lelakinya di laman TikTok.
Mereka kelihatan seperti rakan sebaya disebabkan wajah Nina langsung tidak kelihatan seperti wanita berusia 39 tahun.
Foto: tiktok
“Anak 2004 (tahun kelahiran), emak 1983,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Menurut Nina, dia mempunyai lima orang anak, manakala remaja lelaki dalam gambar itu ialah anak sulungnya yang kini berusia 19 tahun.
“Saya berkahwin pada 12 Jun 2003 dan mempunyai tiga orang anak kerana dua daripada mereka telah meninggal dunia. Anak sulung lahir pada September 2004,” katanya.
Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Benar-benar awet muda. ‘Baby face’,” kata seorang pengguna.
“Saya sangkakan rakan sebaya,” ujar pengguna lain. – CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|