CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2526|Reply: 2

Bekas Rakan Sekerja Guna Nama Pesakit Kanser Untuk Kutip Derma Di Singapura

[Copy link]
Post time 7-8-2023 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Pesakit kanser limfoma tahap dua, Norfarahain Abd Manap, 34, menggesa bekas rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Wawa, berhenti menyalahgunakan namanya bagi mengutip derma di Singapura.


"Dia kata mahu bantu ringankan beban, namun tidak sangka dia memberi pelbagai alasan ketika saya menuntut wang kutipan itu.




Norfarahain menunjukkan laporan polis berkaitan kegiatan kutipan derma oleh bekas rakan sekerja di Singapura. FOTO Mary Victoria Dass




"ada 16 Jun lalu, Wawa datang menjumpai saya di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Dia mahu mengutip derma di tempat kerjanya iaitu kedai makan di Singapura demi meringankan beban saya terutama bagi membiaya sebahagian kos perubatan dan berjanji akan serahkan wang dalam tempoh tertentu.


"Saya pada awalnya terharu kerana dia insan pertama mahu mewujudkan tabung kutipan. Dia pernah menghantar video kepada saya menyatakan ada insan yang menderma sehingga SGD50 (lebih RM150).


"ada 27 Julai lalu dia menghubungi saya dan meminta nombor akaun bank namun selepas itu dia memberi pelbagai alasan termasuk talian telefon bermasalah dan sudah bertukar kerja. Ia menimbulkan perselisihan faham antara saya dan Wawa," katanya.


Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, berikutan itu dia membuat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya pada 4 Ogos lalu.


Katanya, selepas menyedari tindakan itu, Wawa bertindak memasukkan wang sejumlah RM1,000 ke akaun banknya semalam.


"Namun dia menafikan ia wang tabung sebaliknya mendakwa wang itu adalah milik majikan.


"Saya berharap Wawa menghentikan sebarang kegiatan kutipan derma menggunakan nama saya," katanya ketika ditemui hari ini.


Terdahulu Norfarahain menerima kunjungan daripada Wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Mohd Nasir Ishak.


Mohd Nasir berkata, pihaknya menyumbang sejumlah wang bantuan secara one-off serta mencadangkan pesakit bagi memohon bantuan perubatan daripada MAIJ.


Pada 2 Ogos lalu, kisah Norfarahain didedahkan di Harian Metro selepas dia dan suaminya, Muhammad Adam Abdullah, 29, buntu memikirkan kos pembelian ubat bagi penyakit dialaminya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan daripada pengadu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 07:30 AM | Show all posts
cuba kau hulur sikit duit tu, mesti tak jadi kes polis...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 08:27 AM | Show all posts
Penunjuk volum membantu pedagang untuk menentukan kekuatan arah aliran dan melihat potensi perubahan arah aliran dengan melihat perubahan dalam volum dagangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039417 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list