Seorang lelaki warga Romania mengambil masa lebih dua jam untuk dipujuk daripada terjun dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Kancil, Kuala Lumpur. hari ini.
 Bomba mengambil masa lebih dua jam untuk memujuk mangsa yang cuba untuk terjun dari tingkat 10 di Jalan Kancil, Kuala Lumpur, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur mengesahkan sebuah panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 12.26 tengah hari sebelum 19 anggota dikerah ke lokasi kejadian.
Ujarnya, setibanya di kawasan tersebut pada pukul 12.26 tengah hari, lelaki berusia 41 tahun itu berada di luar bangunan tingkat 10 dipercayai cuba untuk terjun.
“Pada pukul 2.50 petang, mangsa berjaya dipujuk dan dibawa ke lokasi selamat.
“Didapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, setelah memastikan situasi berada dalam selamat dan terkawal, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.52 petang.
Sumber: KOSMO! ONLINE |