CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 0

PERODUA belanja RM85 bilion beli komponen vendor tempatan

[Copy link]
Post time 7-8-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode
PERODUA belanja RM85 bilion beli komponen vendor tempatan



Gambar fail. Datuk sZainal Abidin Ahmad. NSTP/HAZREEN MOHAMAD


KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sudah melabur kira-kira Rx`M85 bilion setakat Jun tahun ini bagi tujuan pembelian komponen daripada vendor tempatan sejak syarikat kereta kompak nasional itu ditubuhkan pada 1993.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata selain membabitkan komitmen pembelian komponen, PERODUA turut membantu vendor tempatan dari aspek teknikal seperti menempatkan juruteranya di kilang mereka untuk memastikan isu teknikal dapat diatasi dengan cepat dan cekap.

"Kami juga membantu vendor membabitkan aspek kewangan dengan membeli mesin acuan (mold) untuk mereka, selain menyegerakan proses pembayaran komponen yang dihasilkan.

"Usaha ini dapat membantu meringankan beban vendor tempatan dan pada masa yang sama mengawal kenaikan kos ekosistem automotif negara," katanya kepada BH.

Ketika ini, Zainal Abidin berkata, PERODUA memiliki 137 vendor tempatan yang membekalkan komponen diperlukan pengeluar itu dan jumlah berkenaan tidak termasuk pembekal alat ganti selepas jualannya.

"Dalam jangka masa 30 tahun penubuhan kami, ada vendor kami telah bergabung, dijual-beli dan ada juga syarikat yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

"Agak sukar untuk kami memberikan anggaran jumlah vendor yang menerima manfaat dalam jangka masa itu kerana faktor yang saya sebutkan tadi," katanya.

Ditanya mengenai langkah dilaksanakan PERODUA untuk memastikan vendornya kekal berdaya saing, beliau menjelaskan, antara tumpuan utama pengeluar kereta utama negara adalah untuk memodenkan bukan sahaja kilang pengeluarannya, malah kemudahan milik vendor.

Selain itu, katanya, PERODUA mahu memajukan lagi pembangunan dan pengurusan vendor dengan memastikan proses yang sedang dilaksanakan di kilang vendor menepati piawaian yang ditetapkan oleh syarikat itu, dengan proses terbabit akan dipantau oleh bahagian pembangunan vendornya.

"Peningkatan produktiviti juga harus ditambah baik dalam seluruh ekosistem vendor PERODUA dengan penekanan terhadap aspek tenaga kerja.

"Ini termasuk mengurangkan jumlah buruh asing dan mengutamakan warga tempatan, di samping melabur dalam automasi serta teknologi baru," katanya.

Katanya, PERODUA juga menggalakkan vendornya untuk menerapkan proses IR4.0 terutama sekali dengan memaksimumkan potensi internet di tempat kerja.

"Ini termasuklah memodenkan operasi Sumber Manusia seperti aspek penggajian, pengurusan dan juga komunikasi di dalam syarikat vendor.

"Walaupun contoh yang dinyatakan bukanlah terbabit secara langsung dengan pengeluaran kenderaan, tetapi dengan penambahbaikan yang dilaksanakan, ia akan dapat memudahkan lagi proses sedia ada.

"Penerapan konsep IR4.0 juga dapat memudahkan birokrasi dan pentadbiran sesebuah syarikat," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pusat pengedaran Perodua, Zainal Abidin berkata, pada masa ini, ia memiliki 74 pengedar 1S (bilik pameran jualan); 76 operator 2S (servis & komponen); 37 pengendali 1+2S (bilik pameran jualan + servis & komponen); dan 80 operator 3S (bilik pameran jualan, servis & komponen).

Di samping itu, katanya, PERODUA juga mempunyai sejumlah 70 cawangan badan & cat (B&P) di seluruh negara, selain turut mengasingkan B&P, demi keselesaan pelanggan di pusat servis.

"Fokus kami bukanlah untuk menambah cawangan tetapi untuk menambah baik lagi kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan di pusat servis Perodua.

"Tambahan lagi, kami juga akan meningkatkan lagi kapasiti servis sebanyak yang mungkin dengan menambah hoist (pengangkat) dan memaksimumkan jumlah kenderaan yang dapat diselenggara dalam satu hari.

"Pada masa yang sama, kami juga turut memberi fokus untuk meningkatkan kemahiran mekanik dan 'foreman' kami, selain memastikan syarikat dapat menawarkan gaji yang kompetitif kepada mereka. Ini penting supaya mekanik dan 'foreman' tidak berpindah ke tempat lain kerana tawaran gaji yang diberikan adalah lebih baik," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... nen-vendor-tempatan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.051327 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list