View: 2367|Reply: 8
|
Jijik Tengok Dapur Kedai Makan Hitam Berkerak- Ada Yang Backup, "Takkan Setiap Kali Masak Nak Cuci, Tunggu Closing Baru Bersihkan Semua"
[Copy link]
|
|
Seorang individu memuat naik tangkap layar video memaparkan dapur sebuah restoran yang belum dicuci.
Katanya di Twitter, dia berasa geli melihat keadaan dapur yang mempunyai kesan hitam dan berminyak dipercayai akibat minyak dan sisa makanan yang tumpah ketika disediakan tukang masak.
 Foto: Tiktok
"Lepas habis niaga baru cuci ke? Takde selera terus nak order. Geli," ciapnya.
Difahamkan, restoran tersebut merupakan restoran terkenal di Utara tanah air yang terkenal dengan masakan mi claypot dan sizzling.
Di ruangan komen, ramai netizen terpanggil untuk memberikan komen dan rata-ratanya membela pengusaha restoran terbabit.
Kata mereka, normal untuk peniaga mencuci bahagian dapur di akhir waktu berniaga kerana tidak sempat untuk berbuat demikian apatah lagi ketika pelanggan tengah beratur dan ramai.
"Bukan tak cuci langsung satu hari tu kan? Warna gelap-gelap tu kuah sizzling tumpah. Nak lap, panas sangat pulak. Dah ramai orang, tak sempat nak cuci setiap kali. I masak kat dapur biasa pun dah settle semua baru sekali harung cuci."
Netizen juga menambah bahawa pemilik restoran berkenaan kerap membuat ‘live’ di Tiktok dan menunjukkan mereka mencuci dengan sehabis baik setelah habis berniaga.
"Nak tweet tak salah sis/bro. Try dulu masuk live dia tengok. Bukannya kotor dia tak cuci."
Malah, kedai berkenaan turut diberikan tahap kebersihan Gred A daripada Pihak Berkuasa Tempatan. -CARI
Sumber: Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan tiap kali lepas masak nak lap2 bagi berkilat
Kat rumah boleh ler sayang kabinet
Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak masa tuang kuah kat sizzling pan tu slow slow? kuah banyak tumpah kat tepi kot. kalau 1st time customer yg datang pun terus turn off nak order, walau tiap kali nak tutup kedai kau pergi cuci dan sental sampai ke dinding cermin |
|
|
|
|
|
|
|
kalau rumah sendiri ye la senyap tenyeh sambil masak..ni kedai ramai tunggu takkan nak menyental lao sambil masak kang customer bebai terus xde customer.. blk masak kat rumah la kalau komplen memacam..terjamin bersih nak sental lap seribu kali pun xde sapa heran |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 7-8-2023 03:55 PM
pergilah makan kedai simple spt kfc mekdi pizza roti jgn pergi kedai biasa mee bandung la ikan pari bakar gulai lemak meehon mee berkerak berminyak berkuah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 7-8-2023 04:14 PM
kalau sental lepas tiap kali masak I rasa lagi kotor makanan korang dapat. entah2 dapat sekali kuah titisan air sabun.
dia sama konsep macam telur, protective barrier elok je kalau tak basuh telur tu. tapi korang demand suh depa basuh sebelum display kat kaunter end up depa rendam basuh banyak2 satu kali kemudian usung sana sini telur tu tanpa protective barrier. nampak bersih kat luar je, tapi sejak rendam tadi kotoran air rendaman dah mula masuk/ start basi.
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk drama siri tajuk the bear kt disney+ hotstar
restoran yg ada chef yg mng award
hari2 lps tutup restoran dorg cuci sental dapur
bersih berkilat
iols percaya je top2 restoran2 org putih ni buat gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih betul idop.
Kedai cuci dapoq pas abes operation pon buat isu nk merentan.
Pengotor katanyehhhhh
Toksah mkn kt luaq la cheqqq..
Masak sendri.
90% kedai mkn buat gitu
Yg lgsung xdicuci pon hada. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sizzling place i faham je..
tengok la dorang cedok kuah nak masuk plate pun memang sememeh   |
|
|
|
|
|
|
| |
|