View: 1293|Reply: 0
|
Bacina mampu sambung legasi Hodak - Haqimi
[Copy link]
|
|
Nenad Bacina akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Kuala Lumpur City selepas dilantik sebagai pengganti Bojan Hodak. – Foto Facebook Kuala Lumpur City
KUALA LUMPUR: Penyerang muda Kuala Lumpur City (KL City), Haqimi Azim Rosli percaya jurulatih baharu pasukannya, Nenad Bacina mampu meneruskan legasi ditinggalkan bekas pengendali Bojan Hodak.
Pemain berusia 20 tahun itu berkata, Bacina mempunyai persamaan dari segi taktikal Hodak memandangkan kedua-duanya pernah bekerjasama sebelum ini.
"Bacina dan Hodak pernah bersama begitu lama, jadi taktikal mereka sama dan saya harap jurulatih baharu dapat beri yang terbaik buat KL City.
"Kami sebagai pemain pula akan beri komitmen 100 peratus baik di dalam mahupun luar padang bersama Bacina," katanya ketika ditemui pada satu majlis anjuran syarikat televisyen berbayar di sini, malam tadi.
Bacina sebelum ini pernah menjadi pembantu jurulatih Hodak, antaranya bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2014, skuad B-19 kebangsaan (2017-2019), kelab Indonesia, PSM Makassar (2020) dan KL City (2021-2022).
Jurulatih dari Croatia itu juga pernah mengemudi dua kelab Singapura, Hougang United (2012) dan Tampines Rovers (2013) selain dilantik pengarah akademi Al-Fayhla FC di Arab Saudi tahun lalu sebelum kembali bersama KL City susulan peletakan jawatan Hodak.
Hodak mempunyai reputasi gah bersama KL City apabila membantu skuad warga kota itu menamatkan kemarau 32 tahun tanpa gelaran Piala Malaysia dengan menewaskan JDT 2-0 pada final edisi 2021 selain naib juara Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023.
KL City yang dikendalikan jurulatih sementara, Miroslav Kuljanac berjaya merakam dua kemenangan berturut-turut baru-baru ini dengan membelasah Kelantan FC 5-1 dalam Liga Super diikuti kemenangan 4-0 ke atas Penang FC pada aksi pertama, pusingan 16 terbaik Piala Malaysia. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... legasi-hodak-haqimi |
|
|
|
|
|
|
| |
|