View: 2406|Reply: 17
|
Pengikut Dan Ketua Ajaran Sesat SiHulk Makin Melampau, Nak Cuba Kuasai Masjid Di New Zealand
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pengikut ajaran sesat SiHulk dan ketuanya, Suhaini Muhammad dilaporkan cuba menguasai sebuah masjid di New Zealand bagi menyebarkan fahaman mereka.
Bagaimanapun cubaan mereka itu tidak disenangi penduduk tempatan di sana.
"Malah, bagi meneruskan kelangsungan hidup di sana, mereka juga mendaftar perniagaan dengan nama Society Of Islamic Holiticism Universal Linkage Knowledge (SiHulk) pada 12 Jun lalu.
"Mereka membuka perniagaan itu untuk meneruskan penjualan air SiHulk itu selepas kilang di Johor ditutup," kata sumber keselamatan.
 Foto: Harian Metro
Selain itu ada juga bekerja memetik buah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Mereka melarikan diri ke New Zealand sejak Mac lalu secara berperingkat menggunakan pas lawatan sosial yang perlu diperbaharui tiga bulan sekali.
"Malah, lebih banyak kecaman diterima itu akan digunakan oleh mereka untuk memohon suaka di negara terbabit," katanya.
Terdahulu, Harian Metro mendedahkan dianggarkan 150 pengikut ajaran sesat, SiHulk kini berada di New Zealand bersama-sama ketua ajaran itu, Suhaini.
Sumber keselamatan bagaimanapun memaklumkan, jumlah sebenar pengikut ajaran itu yang masih berada di negara ini tidak diketahui.
Antara penyelewengan ajaran sesat itu ialah mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai Tuhan.
Selain itu, mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai jantina, menafsir sendiri sebuah hadis dengan menyatakan baginda tiada kemaluan dan sebagainya.
Malah, mereka kini dipercayai cuba mendapatkan permohonan suaka dari kerajaan di sana dengan menggunakan alasan diancam rakyat di negara ini.
Masih dijual dalam talian tapi tak aktif
Air minuman jenama SiHulk yang didakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit didapati masih dijual secara dalam talian setakat ini namun aktivitinya tidak aktif.
Tinjauan Harian Metro dagang mendapati penjualan air itu masih berada di dua laman e-dagang dengan seorang peniaga di setiap platform itu.
Bagaimanapun, pemerhatian mendapati peniaga di sebuah platform e-dagang sudah tidak aktif sejak 13 minggu lalu dan hanya ada dua ulasan pelanggan dengan pembelian terakhirnya pada Mac tahun lalu.
Berdasarkan penerangan tertera, air minuman yang dijual sekotak dengan 10 botol berharga RM80 itu menyatakan mempunyai madu yang ditapai bagi mengaktifkan bakteria baik.
Manakala di sebuah lagi platform, air minuman itu didakwa menggunakan bahan organik mengikut nisbah tertentu dan kiraan falak yang mempunyai getaran tinggi frekuensi warna-warna alam yang baik untuk kesihatan zahir dan batin.
Sementara itu, tinjauan dilakukan di premis perniagaan mendapati tiada aktiviti penjualan air itu malah peniaga mengakui tidak mengetahui jenama berkenaan sebelum ini.
Pemilik pasar raya mini dikenali sebagai Adib, 27, dia mengetahui mengenai jenama air itu selepas berita mengenai ajaran sesat terbabit dilaporkan media dan mengakui sebelum ini dia juga tidak pernah mendengar jenama itu.
Menurutnya, sebagai peniaga, dia tidak menerima air yang ditawarkan pembekal dengan mudah terutama yang mendakwa boleh membantu menyembuhkan penyakit kronik atau memberi tenaga tambahan kerana bimbang menjejaskan pelanggan.
"Kami tidak menjual air itu, malah mendengar namanya juga tidak pernah dan belum juga pernah muncul di Facebook saya sebelum ini. Apabila media dedahkan baru kami tahu dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
" enguatkuasaan tegas perlu dilakukan bagi mencegah ia terus dijual di pasaran kerana itu secara tidak langsung menyumbang kepada kumpulan berkenaan yang kita tahu ajaran dibawanya sesat dan kerajaan juga sudah mengeluarkan fatwa," katanya.
Peniaga kedai runcit dikenali Muhammad, 25, berkata, dia juga tidak mengetahui jenama air itu yang turut dikatakan popular ketika pandemik Covid-19, tiga tahun lalu.
"Selepas mendengar berita mengenai air itu tidak dibenarkan dijual di pasaran, kami mengambil maklum perkara itu dan sebelum ini juga tiada air itu di kedai kami," katanya.
Kelmarin media melaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menyiasat aktiviti jualan secara dalam talian minuman kesihatan jenama SiHulk yang mendakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran aku anak beranak antara yg lari ke nz, rumah ada 2-3 bijik kat sini nak jugak merempat kat tempat orang. Dia mmg meniaga jual air tu, jual kat jiran2 sini tp tak laku, ada sorang dua je yg beli. Hari tu nmpk dia berkemas2 bag besar ingat nak balik rumah satu lg, rupanya lari. |
|
|
|
|
|
|
|
tak faham aku nape dtg NZ??? ni negara omputeh, atheist lagi ramai dr yg beragama ni, sedangkan kristian pun makin pupus, nk bawak ajaran kt sape??? orang malaysia pun bkn ramai sgt kt sini, kt malaysia pun org tak pernah dengar tup2 ko kecoh kt sini, dh la ada ajaran sesat al mahdi amende ntah pun baru sampai, pegi negara arab jer lah, tak pun pergi join taliban ka isis ka, mcm2 akal korang nk duk negara omputeh tapi nk hidup ikut acah2 islamic walaupun sesat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hokeypokey at 7-8-2023 09:22 PM
ni semua nk exploit orang, tup2 ko panggil ramai-ramai pengikut ko dtg sini apply refugee visa, kang dh dpt ko jadi kontraktror pastu bayar diaorg rendah, time apply visa ko mintak lagi duit, dh brapa ramai rakyat malaysia kt penjara Nz ni, tak semua masuk berita, org kt sini jer tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Ajaran dia ni kalau kat negara2 Arab atau Taliban, akan dianggap sesat dan dihukum. Kalau kat negara "barat" yang rakyat banyak ateis dan berpegang kepada prinsip2 demokrasi sekular, maka ajaran dia dianggap freedom of religion. Mungkin sebab tu la.
|
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 7-8-2023 09:12 PM
ni semua nk exploit orang, tup2 ko panggil ramai-ramai pengikut ko dtg sini apply refugee visa, kang ...
Agak dah mesti Malaysia pun ada jadi PATi, orang kg bodoh2 je pandang hina PATI kat Malaysia ni, macam rakyat sendiri suci.
Iols benci juga PATI ni, tapi tak la sampai nak menghina kaw2,sebab sedar diluar sana rakyat negara sendiri pun jadi PATI.
Jadi cara iols handle PATI ni,elak la beli kat kedai2 mereka atau sokong biz mereka, kalau ada bukti lagi elok, repot je Imigresen. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, kita tak perlu nak kecam lebih2 la, dia kan duduk luar negara, biar jadi PATI porever, tanpa dapaT perlindungan Suaka. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 7-8-2023 09:17 PM
Ajaran dia ni kalau kat negara2 Arab atau Taliban, akan dianggap sesat dan dihukum. Kalau kat nega ...
ye btul, lagi 1 sbb kt negara arab tak best nk hidup, pastu diaorg pk omputeh bodo senang kena goreng, diaorg taktau omputeh pun dh tak caya kt org malaysia sbb terlalu byk scammer yg dtg, exploit bangsa sendiri gak, melayu exploit melayu, indon exploit indon, sbb tu skrg susah rakyat kita nk melancong kt Nz & Oz, sbb kes2 camni lah |
|
|
|
|
|
|
|
CatMiow replied at 7-8-2023 09:18 PM
Agak dah mesti Malaysia pun ada jadi PATi, orang kg bodoh2 je pandang hina PATI kat Malaysia ni, m ...
ni bkn cerita PATI, ni cerita ada visa sah pun bleh kena exploit gak, start semua ni kt Oz, smua rakyat malaysia pegi apply bridging visa, pastu nanti org tengah bayar rendah, dh kantoi kt oz, ramai kena hntr balik tu yg ramai2 pakat attack dtg Nz, MO dia sama jer, org tengah nk buat duit, yg backpackers dtg sini pun kena tipu, padahal ada jer visa.. |
|
|
|
|
|
|
|
noradaniez replied at 7-8-2023 02:58 PM
Jiran aku anak beranak antara yg lari ke nz, rumah ada 2-3 bijik kat sini nak jugak merempat kat tem ...
Kerja apa jiran tu...apa background pendidikan depa?...peliknya boleh percaya Muhammad tu tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada janji macam2 contohnya esok saya jadi pm harga minyak turun serta meeta tak.? |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 7-8-2023 09:06 PM
tak faham aku nape dtg NZ??? ni negara omputeh, atheist lagi ramai dr yg beragama ni, sedangkan kris ...
tukar kot...'versi omputeh' pulak..dh cam kultus. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 7-8-2023 10:12 PM
tukar kot...'versi omputeh' pulak..dh cam kultus.
ye lah tu, kultus tu semua pun buat duit ala2 penunggang agama gak.. abes la kena minum air sihulk tu hari2 buat amalan, kaya la founder |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 7-8-2023 09:50 PM
Dia ada janji macam2 contohnya esok saya jadi pm harga minyak turun serta meeta tak.?
Yg tu pemimpin ajaran sesat paling bahaya di dunia. Selain janji bulan bintang kepada pengkagum, mana2 yg dia berkenan akan diliwat jubur mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CatMiow at 8-8-2023 06:33 AM
hokeypokey replied at 7-8-2023 09:33 PM
ni bkn cerita PATI, ni cerita ada visa sah pun bleh kena exploit gak, start semua ni kt Oz, smua r ...
kalau tak kantoi, kira legal ke PATI? Exploit visa ni PATI kat Malaysia selalu la buat, kecuali yang ditipu agen, tu iols kesian sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
CatMiow replied at 8-8-2023 06:32 AM
kalau tak kantoi, kira legal ke PATI? Exploit visa ni PATI kat Malaysia selalu la buat, kecuali y ...
legal lah, semua pun legal termasuk kontraktor, lawyer, mcm kt malaysia org kena tipu ngan scammer or MLM. company,product, or business mmg legal, tapi orangnya penipu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 7-8-2023 09:12 PM
ni semua nk exploit orang, tup2 ko panggil ramai-ramai pengikut ko dtg sini apply refugee visa, kang ...
masuk penjara sebab apa? |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 8-8-2023 07:40 AM
masuk penjara sebab apa?
tahun ni jer 5 org rakyat malaysia masuk penjara, sbb exploit orang,exploit system, mcm2 jenis fraud lagi..
orang tengah ni exploit orang bayar rendah, charge duit mcm2, exploit system plak, system kt UNHCR tu utk asylum seeker or refugee, tapi diaorg buat claim sbb nk dpt visa, visa tu free jer tapi diaorg charge sampai beribu2 konon byr lawyer, so smua kena, kontraktor, akauntan, sekutu2nnya dengan lawyer(omputeh) sekali masuk penjara.. plg teruk sampai berani buat visa palsu |
|
|
|
|
|
|
| |
|