CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yujin

SINETRON-KETIKA CINTA BERTASBIH(DUDE HARLINO)

[Copy link]
Post time 2-8-2011 08:35 AM | Show all posts
Reply 119# Abob


   tgk marathon hari ahad je la gamaknye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 12:04 PM | Show all posts
Bulatnya mata dia

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:22 PM | Show all posts
Reply 122# DULUVS


    Comelnya dia, tapi tak tahan tengok dia cara dia nangis . Masa part Husna bertembung ngan Ilyas di depan Mesjid laki aku kata Dude terkejut bukan sebab bertembung tapi sebab terkejut ngan lakonan kaku husna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 10:36 PM | Show all posts
kt youtube sinetron kcb lengkap episodnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:25 PM | Show all posts
Puas jaya watak lelaki, wanita idaman       Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


               

      
BIARPUN karier seni di Indonesia baru bermula, lakonan mantap Kholidi Asadil Alam, 22, dan Oki Setiana Dewi, 22, sebagai bintang utama filem dan sinetron popular, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) nyata berjaya melonjakkan nama dan populariti mereka.
Kini, sama ada di Indonesia mahupun penonton negara ini siapa yang tidak kenal dan ingin menjadi seperti Abdullah Khoirul Azzam dan Anna Althafunnisa yang wataknya digarap sebagai anak muda berpendidikan tinggi dan berpegang teguh kepada agama.
            

  • Odi

  • Oki

  • TERAJU UTAMA...Oki sebagi Anna dalam KCB.

  • MENARIK...babak menyentuh hati antara Anna da Azzam.



  Hanya bersandarkan KCB yang diadaptasi daripada novel nukilan penulis terkenal, Habiburrahman El Shirazy, bakat lakonan Kholidi atau mesra dengan panggilan Odi dan Oki cukup terserlah. Bahkan, kini mereka antara artis sinetron terlaris di Indonesia.

  Sejak filem KCB  dan KCB 2 meletup di pawagam pada 2009, tahun lalu pula kisah pasangan muda yang kuat pegangan agamanya ini dilanjutkan kepada sinetron. Ia bermula dengan Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan dan Ketika Cinta Bertasbih Meraih Ridho Illahi.



  Kini, kisah dan konflik hidup Azzam dan Anna diteruskan dengan pembikinan sinetron Dari Sujud Ke Sujud yang sudah ditayang di Indonesia bermula 25 Julai lalu. Apapun, kisah yang hebat ini dijangka menemui penonton tempatan pada November nanti.


  Justeru, bagi menyaksikan kisah menarik masyarakat ini, ia dapat ditonton menerusi pakej Indo Pek, saluran Bintang 141 Astro. Bukan saja saluran Bintang, pakej Indo Pek turut memuatkan saluran Pelangi (142) yang menyiarkan 100 peratus filem dari Indonesia.

Bersua dengan Odi dan Oki di lokasi penggambaran musim ketiga KCB yang judulnya ditukar kepada Dari Sujud Ke Sujud di Bogor, Indonesia bersama Ketua Pegawai Eksekutif Broadway Media Sdn Bhd, Boon Tan baru-baru ini, nyata pengalaman yang indah untuk dikongsi.

Odi dan Oki, kedua-duanya mengakui mereka tidak pernah menduga KCB akan mendapat sambutan sehebat sekarang daripada penonton di Indonesia dan Malaysia. Barangkali, ia disebabkan novelnya yang turut menjadi perhatian ramai.

Apapun, Odi berkata sepanjang tiga tahun dia membintangi KCB, tak dinafikan ia membantu melonjakkan namanya. Ujarnya, sekalipun karakter Azzam itu ialah lelaki berusia 28 tahun, watak berkenaan banyak membantu mematangkannya.

“Karakter Azzam yang digarapkan Kang Habib (penulis novel dan skrip) sangat unik. Justeru, bagi yang sudah membaca novel KCB terutama lelaki, pasti ingin menjadi seperti Azzam. Tidak terkecuali, golongan wanita tentunya ingin memiliki pasangan sebaik Azzam.  

“Apa yang boleh dikatakan, Azzam ialah gambaran pemuda idola ramai disebabkan keperibadian dirinya yang tenang dalam menangani hal berkaitan peribadi, keluarga dan pasantren (sekolah pondok) ditubuhkan,” katanya bersyukur dapat bekerjasama dengan pengarah senior seperti Chaerul Umam.

Ditanya apakah dia selesa melakonkan watak lelaki dewasa, Odi berkata ia cukup mencabar dirinya. Namun, mujur ada Chaerul Umam yang banyak memberi bimbingan kepadanya bagaimana bermain emosi dengan baik dan cara  melontarkan intonasi dialog.



Oki akui impikan watak Anna


BAGI Oki, dia sememangnya bersyukur kerana watak Anna akhir berjaya menjadi miliknya. Ujar Oki, sebelum menyertai uji bakat watak itu, dia lebih dulu sudah membaca novel KCB. Katanya, justeru dia teringin sangat menjadi Anna yang realiti.

“Anna yang digambarkan adalah seorang gadis bersopan santun dan berbakti pada usia muda. Syukur, setahun selepas membaca novel KCB, peluang dibuka untuk mencari pelakon sesuai bagi watak Anna dan saya ketika itu hanya mencuba nasib.

“Ditambah pula, saya berjilbab (tudung). Maka, dirasakan watak Anna cukup sesuai. Apa yang pasti, selepas melakonkan watak ini, ia akhirnya mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap wanita berjilbab yang kurang diberi perhatian.

“Saya mengambil keputusan berjilbab pada usia 16 tahun. Ketika itu, ramai pihak memandang sinis dengan mengatakan jika berjilbab takkan mampu berjaya. Oleh itu, saya berharap kepada Allah supaya memberikan yang terbaik buat diri ini.

“Jika berjilbab, jalan benar yang saya pilih maka tolong permudahkan. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar dan saya berjaya mendapatkan watak Anna dalam KCB,” katanya yang sudah menghasilkan sebuah novel sendiri, Melukis Pelangi - Catatan Kisah Oki Setiana Dewi.

Mengulas mengenai novelnya, Oki berkata novel itu memuatkan keseluruhan kisah hidupnya. Ketika itu, dia diuji Allah dengan dugaan besar apabila ibu tersayang, Yunifah Lismawati disahkan menghidapi penyakit kronik, Pemphigus Vulgaris (gangguan imun) yang sukar disembuhkan.

“Sebagai anak sulung dalam keluarga, hati saya cukup sedih apabila dimaklumkan doktor bahawa ibu gagal disembuhkan. Justeru, ketika itulah saya banyak berdoa dan mendekatkan diri kepada Tuhan seterusnya mengambil keputusan untuk berjilbab.

“Dalam soal ini, apa yang saya muatkan dalam buku yang ditulis ialah setiap orang ada kisah masing-masing untuk menuju ke jalan Allah. Tak dinafikan, ketika saya mula berjilbab sememangnya banyak dugaan harus dilalui. Namun, saya yakin ada hikmah di sebaliknya,” kata Oki.

Menyentuh soal kesihatan ibunya, Oki berkata ibu tetap masih sakit hingga sekarang, tetapi tidaklah serius dulu. Katanya apa yang pasti, dia kini lebih tenang dan berasa diri dekat dengan Yang Maha Esa. Malah, Oki juga kini dalam proses menyiapkan buku kedua.

“Saya tidak pernah menduga buku pertama mendapat sambutan baik daripada pembaca. Oleh itu, sekarang saya dalam proses menyiapkan buku kedua yang judulnya, Melukis Pelangi juga tetapi kisah tertumpu kepada realiti kehidupan orang di sekeliling saya.

“Setakat ini, 30 peratus sudah dapat disiapkan. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya berkongsi pengalaman indah ini. Cerita yang dituliskan ini banyak memberi ilmu dan pengajaran mengenai kehidupan,” katanya.

Sebagai mahasiswa di Universiti  Indonesia, Oki mengambil jurusan Sastera Belanda, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya. Biarpun, sibuk di lokasi penggambaran, Oki memaklumkan  dia perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran, karier dan menulis novel.

Sehubungan itu, bagi penonton sinetron KCB, ia boleh ditonton di saluran Bintang setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.15 petang. Namun, jika ketinggalan siaran ulangan secara maraton boleh ditonton di saluran Pelangi pada setiap Ahad, jam 8 hingga 11 pagi dan jam 4 hingga 6 petang.



PROFIL ODI:

NAMA: Kholidi Asadil Alam
PANGGILAN PENTAS: Odi
AGAMA: Islam
ASAL: Pasuruan, Indonesia
TARIKH LAHIR: 30 Mac 1989
UMUR: 22 tahun
KARIER: Aktor
FILEM: Ketika Cinta Bertasbih, Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009)

SINETRON: Ketika Cinta Bertasbih - Spesial Ramadan, Ketika Cinta Bertasbih - Meraih Ridho Ilahi (2010), Dari Sujud Ke Sujud (2011)



PROFIL OKI:

NAMA: Oki Setiana Dewi
PANGGILAN KOMERSIAL: Oki
AGAMA: Islam
ASAL: Batam, Indonesia
TARIKH LAHIR: 13 Januari 1989
USIA: 22 tahun
KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik
KARIER: Aktres, penulis buku, pelajar
FILEM: Ketika Cinta Bertasbih, Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009)

SINETRON: Ketika Cinta Bertasbih - Spesial Ramadan, Ketika Cinta Bertasbih - Meraih Ridho Ilahi (2010), Dari Sujud Ke Sujud (2011)

ANUGERAH: Pendatang Baru Wanita Terbaik Indonesian Movie Award 2010, Pendatang Baru Wanita Favorit Indonesian Movie Award 2010

BUKU: Melukis Pelangi - Catatan Oki Setiana Dewi, Melukis Pelangi
PENDIDIKAN: Mahasiswa Sastera Belanda, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya, Universiti Indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 10:46 PM | Show all posts
Puas jaya watak lelaki, wanita idaman       Oleh Norhayati Nordin



               

      
...
PurpleAxe Post at 5-8-2011 12:25

complete profile... thanx..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2011 04:37 PM | Show all posts
ensem dude ni, memang padan le dgn asmiranda
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 10:50 AM | Show all posts
ensem dude ni, memang padan le dgn asmiranda
nuriz001 Post at 6-8-2011 16:37



   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 01:12 PM | Show all posts
from Meyda Sefira's fanpage...

comei gak dorang ni buat lawak..... hehe







Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 01:13 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 01:18 PM | Show all posts
more pics from Meyda's fanpage...















Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 01:20 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 01:24 PM | Show all posts
gambar kawen Ustaz Ilyas ngn Husna..... lama lagi la dpt tgk nih.....

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 01:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2011 03:32 PM | Show all posts
artis malaysia yg bertudung tu tgk la sikit gaya bertudung oki dgn meyda baru btl
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:00 PM | Show all posts
gambar kawen Ustaz Ilyas ngn Husna..... lama lagi la dpt tgk nih.....
ladydolph Post at 9-8-2011 13:24



    Harap2 lepas KCB siri ramadan Astro terus tayang KCB meraih redho ilahi dan Dari sujud ke sujud
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 10:14 AM | Show all posts
Harap2 lepas KCB siri ramadan Astro terus tayang KCB meraih redho ilahi dan Dari sujud ke  ...
Abob Post at 9-8-2011 22:00



kannnn.. harus bersambung2 gitu.......

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 06:48 AM | Show all posts
KCB the series ni mmg terbaek la...suka sgt2 skrip dia...penuh nasihat...lontaran dialog pelakon pon lembut2 jer..mmg terpaku tgk petang2....tak mcm citer 'islamik' malaysia..pengisian sgt kurang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:00 PM | Show all posts
Episod sekarang ni Ustaz Ilyas dengan Mas Dony sama sama dilanda masalah pertunangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 12:06 AM | Show all posts
KCB the series ni mmg terbaek la...suka sgt2 skrip dia...penuh nasihat...lontaran dialog pelakon pon ...
nashrudean Post at 11-8-2011 06:48



   suka tgk fesyen tudung oki cntik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.086113 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list