View: 2749|Reply: 0
|
Guardiola mungkin terus kekal di Etihad
[Copy link]
|
|
Guardiola mungkin terus kekal di Etihad
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola tidak menolak kemungkinan akan terus melanjutkan kontrak selepas tahun 2025. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Pep Guardiola mendedahkan dia mungkin akan terus bersama Manchester City selepas tahun 2025 dan melengkapkan tempoh sedekad bersama juara Liga Perdana Inggeris itu.
Pengendali City itu akan memulakan musim kelapannnya dalam bola sepak Inggeris pada aksi Perisai Komuniti menentang Arsenal malam ini, permulaan kempen untuk kelabnya menjadi pasukan pertama memenangi empat gelaran liga berturut-turut.
"Saya menandatangani kontrak dua tahun lagi kerana saya rasa selesa - tidak ada apa yang berubah sama ada kami menang trebel atau tidak.
"Saya gembira dan semua orang gembira, terutama lembaga pengarah dan pihak atasan, kerana mereka yang akan menentukan pengendali mana akan membimbing pasukan ini.
"Jika mereka berpuas hati, saya juga berpuas hati. Saya mahu mempertahankan apa yang kami menang dan mungkin di hujung musim, jika saya penat, saya akan berbincang dengan kelab - atau mungkin melanjutkan kontrak," kata Guardiola.
Pengendali City itu bagaimanapun bimbang dengan tekanan fizikal dan mental ke atas pemain-pemain yang semakin meningkat.
Guardiola juga risau dengan Piala Dunia Kelab yang akan menampilkan lebih banyak pasukan pada tahun 2025 serta tambahan masa permainan.
"Tempoh pra-musim akan semakin singkat. Di akhir musim depan, kita akan mengharungi Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat - selepas tamat musim, dua atau tiga minggu. Cuti rehat hanya 15 hari atau mungkin dua minggu.
"Masalahnya ialah mental. Mereka keletihan. Tengok berapa ramai pemain cedera ketika pra-musim. Cuaca panas, kelembapan udara, padang yang tidak bagus, terutama di Amerika Syarikat.
"Kami perlu menyesuaikan diri, tetapi ia tidak normal. Sekarang, setiap perlawanan kami akan bermain untuk 100 minit," katanya. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... rus-kekal-di-etihad
|
|
|
|
|
|
|
| |
|