View: 3396|Reply: 27
|
Kasut Budak Sekolah Lusuh, Tapak Dah Terkopak, Tak Pakai Stoking "Ayah Nak Gam, Belum Gaji"
[Copy link]
|
|
Perkongsian seorang guru, Teacher Nana yang menunjukkan kasut pelajarnya dalam keadaan begitu menyedihkan tular di media sosial.
Dalam rakaman tersebut, pelajar lelaki yang dipanggil 'abang' itu dilihat memakai kasut hitam lusuh dan terkopak bahagian tapaknya tanpa memakai stoking.
Apabila ditanya mengapa tidak diganti dengan kasut baharu, jawapan diberikan murid ini begitu menyentuh perasaan Teacher Nana dan warganet yang menonton video tersebut.
Foto: mStar
"Ayah belum gaji. Dia cakap hari ni nak gamkan (tampal semula)," jawabnya ceria.
Melihat keadaan kasut yang begitu 'daif', guru wanita ini bertanya sekiranya abang mahukan kasut baharu.
Namun soalan tersebut hanya dijawab dengan ketawa kecil sahaja.
"Awak nak kasut baharu tak? Bayar RM50 dekat cikgu," selorohnya.
Pelajar ini kemudiannya mengeluarkan not RM1 dan segenggam duit syiling dari poket seluarnya seolah-olah mahu membayar kepada gurunya.
"Ni duit belanja awak? Kira ada berapa ringgit," ujarnya seperti yang didengar dalam video.
Dalam video sama, Teacher Nana dilihat membuat kejutan kepada muridnya itu dengan menghadiahkan kasut hitam baharu jenama All America Shoe.
Katanya, ia merupakan jenama kasut sama sering dipakai olehnya ketika di bangku sekolah dulu.
"Kita surprisekan abang dengan kasut sekolah baharu.
"Kasut ni selesa dari zaman sekolah dulu saya memang pakai kasut ni.
Cikgu lain turut bertanya mengenai kasut abang setelah melihat ia terkopak.
"Harapnya bertahanlah abang ni pakai," katanya dalam video sambil mengeluarkan kasut tersebut.
Jelas abang begitu teruja dan ceria malah sentiasa tersenyum selepas mendapat kasut baharunya.
Bukan itu sahaja, dia juga mencubanya dengan berjalan dan melompat untuk menguji tahap keselesaan.
Turut dirakamkan oleh Teacher Nana adalah pertanyaan seorang lagi guru tentang bagaimana murid itu mampu bertahan memakai kasut tersebut.
Menurut 'abang', dia sebenarnya sudah lama memakai kasut yang tumitnya sudah lekang dan hampir tercabut.
Bagi mengelakkan daripada kasut baharu itu hilang, Teacher Nana menggunakan cecair pemadam untuk menulis nama muridnya itu di bahagian tepi tapak.
Rata-rata warganet meluahkan rasa terharu melihat tindakan Teacher Nana.
Bukan itu sahaja, sikap dan semangat murid itu untuk tetap pergi ke sekolah walaupun dalam serba kekurangan turut dipuji netizen.
"Budak ni akan ingat jasa cikgu sampai besar.
"Anak yang baik, tak merungut pun pakai kasut walaupun dah macam tu. Faham situasi ayah.
"Cikgu macam ni orang sayang. Ada sesetengah cikgu budak pakai selipar terus denda. Tak tanya pun apa masalah dia. Mungkin tak ada duit nak beli kasut," demikian komen beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.bharian.com.my/berit ... wan-2023-diluluskan
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023), selepas rang undang-undang itu selesai dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa, sejak 27 Februari lalu.
RUU Perbekalan 2023 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, malam ini.
Sesi undian itu dibuat sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Tinggi selesai, pada jam 7.05 malam.
RUU Perbekalan 2023 adalah belanjawan pertama pentadbiran Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 10 hari, mulai 13 Mac lalu.
Dokumen belanjawan merangkumi peruntukan tertinggi dalam sejarah negara, bernilai RM386.14 bilion itu dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada 24 Februari lalu.
Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia Madani' itu membabitkan peruntukan pembangunan tertinggi, bernilai RM99 bilion yang merangkumi suku daripada keseluruhan bajet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu pun kemaruk content jugak ke? Perlu ke rakam perbualan kau dengan anak murid yang daif lepas tu hadiahkan budak tu kasut baru? Kalau kau buat amal senyap2 tak boleh ke? Kau betul2 ikhlas nak tolong budak tu atau kau nak tunjuk kau terpaling jaga kebajikan anak murid kau? Parents budak tu tau tak kau jadikan anak dorang content medsos kau sebab nak puaskan nafsu kau kemaruk nak tagih viewers? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ina_na at 4-8-2023 01:24 PM
Anak aku Sjkc.. Aku tgk sejak lps COVID mn yg x mampu x kisah agama pe dpt bantuan pakaian uniform setiap tahun dr baju sekolah,beg sekolah,taupaware,bekas air,kasut,tudung (Kalo anak perempuan Islam).. lps Tu ms CNY anak2 yg dlm kategori miskin akan dpt angpau dr persatuan2 cina..cikgu kelas pegang duit angpau..bl buku,yuran smart class tolak dr situ je.. ade aktiviti koko yg pun sponser..sape yg nk msk persatuan tu x kisah family kaya atau x kaya semua free...sbb ambik coach dr luar sekolah..
Cuma waktu pengagihan set uniform sekolah,angpau cikgu Dan sekolah x viralkan kat FB,oh,tiktok..hehehe
Aku tau sbb anak citer..dia ckp kawan dia dpt baju sepasang..cikgu ckp kesian dia family kurang mampu.. bl anak2 citer kat parent..rupa2nye parent cina lg kuat menderma,tgk2 Naik kat FB persatuan atau persendirian lg banyak anta derma dan sumbangan.Ms zmn COVID ade yg menderma hf,komputer..dasyat btl tgk dia org ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Duit BAP mane..
Duit kwapm baruuu je sekolah agih bolan lepas..
Kadang² aku garu kepala bila org buat konten mcm ni.
Mana p duit² bantuan semua sampai ank² ke sekolah serba serbi mcm 4-5tahun dh xganti.
Duit sumbangan utk ank sekolah guna utk keperluan ank² lar.
Bukan utk beli brg dapoq bg tembolok penuh semata².
Tu hak ank hg.
Pibg dh bayaq belom tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo org kampung yg hidup susah ni..
itu lah kasut ke skolah. itu lah seluar masuk kebub sawit. itu lah kasut ke pekan.
ari tu kita org pun ada belikan kasut sekolah utk budak india ni. bpk kerja jrg balik rumah. mak ntah mana. mkn pun tumpang2 rumah org. jd kita pakat2 bg dia mkn free je kat kantin. mkn kenyang2 sbb mlm dia sorang je dirumah. |
|
|
|
|
|
|
|
negara/negeri kaya dgn sumber alam rakyat masi mcm ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
bapa sebok buang duit beli nombor barangkali
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala.. Jgn la tunjuk muka cmtu..
Malu la mak ayah dia..
Bosan aku tgk media soc ni.. Semua. Nk dipost..
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat kebaikan, nak tunjuk boleh, nak simpan diam diam pun boleh. Tapi sedih la cikgu zaman skang. Kisah budak daif jadikan kontent? Kesian budak tu. Mungkin jika kamu di tempat si daif, baru kamu faham perasaan tak semua orang suka dirakam di saat kesusahan. Apatah lagi mak ayah budak tu yang mungkin rasa mereka gagal nak beri benda basic untuk anak mereka. Please lah. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya ada komuniti yang sokong pelajar2 susah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu ni nak pujian sbb menolong budak tu sampai sanggup letak video dah tak peduli maruah n privasi budak tu n keluarga dia. Klu org betul2 ikhlas nak tolong dia tak pikir dah pujian utk dia semua, yg dia pikir just nak bantu budak tu supaya budak tu ada kasut elok utk pakai g sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
I sincerely xfaham kenapa org nk menderma kena post dkt social media? Yg ada yayasan tu understandable, tp ni personal je kan. Derma and be done with it la. People dont need to know pun , just my dua posen |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pn xkenan yg nk tlg post muka cmtu, record apa bdk tu ckp tunggu gaji nnt ayah gam. Jaga la sket air muka keluarga dia. Kot ada yg baran, rasa terhina plak dia bantai ank tu. Cikgu pn… |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat my sis..
Pakai kasut walaupun berlubang kat tapak.
Satu hari dia sampai rumah tanpa tapak...
Ianya buat dia insaf dan belajar rerajin |
|
|
|
|
|
|
|
blh tk ko jgn nk rakam benda benda gini..i hate bethol la wpn i suka jgk post merepek kt medsoc |
|
|
|
|
|
|
|
btw satu kasut je ke..i dlu ada la jgk dua pasang..masa tu kasut putih je...weekend jer kena basuh kasut sendiri..pastu letak poda..poda tu apa ek..i dok tau la ada lg x skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Madel at 4-8-2023 02:53 PM
ina_na replied at 4-8-2023 05:20 AM
Anak aku Sjkc.. Aku tgk sejak lps COVID mn yg x mampu x kisah agama pe dpt bantuan pakaian uniform ...
Aku pun bekas pelajar Skjc
Kiranya kitaorg 1st batch sekolah baru tu
Cuma ada 1 building 5tngkat, padang n kantin bodo2 je.
Dlm 6thun aku belajar kat situ, dari 1 building, padang n kantin bodo2 tu
Aku nampak perubahan sekolah aku sikit demi sedikit.
Jadi 2 bangunan, dewan bertutup n beraircon, padang seluas2 alam, kantin pun dah ada halal n no halal
Semua tu hasil dari derma ibu bapa, siapa yg derma terpaling bnyk. Nama depa diukir dia bangunan sekolah
Cuti sekolah student gi trip ke Sydney Australia, Singpore.
bapak bnyak okey duit tabung sek cina ni. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 4-8-2023 10:39 PM
btw satu kasut je ke..i dlu ada la jgk dua pasang..masa tu kasut putih je...weekend jer kena basuh k ...
Zaman i dulu yg kaya2 mmg byk pasang.. mcm i xtaw nk ckp kaya ke x sbb mmg diajar utk hidup miskin spasang kasut pkai 3 tahun atau pakai yg abg kakak x bole pkai..bila dh pandai skit baru taw famili sederhana cuma xnk spent utk ank..huhuhu.. kira pasrah jgk siblings i dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ada je.pelajar Susah setiap sekolah.
Nak Tarik clout la tuuu....
Mujur la sekolah Anak iols.so far takde cikgu2 buat tiktok ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|