View: 1886|Reply: 2
|
Lelaki Hilang Dalam Hutan Terduduk Menangis, Lambai-Lambai Tangan Tapi Tiada Siapa Perasan
[Copy link]
|
|
Sehari hilang selepas masuk hutan, lelaki dari Jawa Timur, Indonesia ditemukan terduduk menangis.
Difahamkan, Suyanto, 42, hilang ketika masuk ke hutan untuk mencari makanan bagi haiwan ternakannya.
Menurut penyelamat dikenali sebagai Agus, mangsa ditemukan dalam keadaan lemah di pinggir hutan Desa Ngares di Wilayah Trenggalek pada Selasa.
Kabar Trenggalek
"Mangsa hanya duduk menangis. Mungkin bersyukur kerana akhinya ada orang menjumpainya," kata Agus.
Menurut Agus, mangsa ketika itu kelihatan terpinga-pinga dan tidak mampu berkomunikasi secara biasa.
Seleps dibawa keluar, Suyanto mula stabil sebelum dia berkongsi pengalamannya hilang di dalam hutan sehingga membuatkan Agus meremang bulu roma.
Cerita Agus, mangsa dapat melihat pasukan penyelamat sedang mencarinya di kawasan hutan, namun mereka langsung tidak menyedari kehadirannya di situ.
"Dia cerita, masa orang mencari, dia sempat lambai-lambai tangan, tapi mereka semua macam tak nampak," cerita Agus lagi.
Mangsa yang juga seorang penoreh turut meluahkan rasa syukur dapat disatukan semula dengan keluarganya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
tulah kita ni makin tua jangan jadi macam pokok pisang, xde amalan2 . belajar sikit2, utk menghadapi dunia ni |
|
|
|
|
|
|
|
tell me more
|
|
|
|
|
|
|
| |
|