View: 3986|Reply: 28
|
KKIA Huru-Hara Diserbu 1,000 Pelancong Korea Selatan
[Copy link]
|
|
Suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menjadi huru-hara pada malam Rabu selepas menerima ketibaan lebih 1,000 pelancong Korea Selatan secara berterusan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, situasi itu berlaku susulan lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan mendarat di lapangan terbang berkenaan pada jarak masa yang dekat.
Keadaan di KKIA kelihatan sesak ketika ketibaan pelancong Korea Selatan pada malam Rabu lalu.
Katanya, berdasarkan maklumat daripada Pengurusan KKIA, syarikat penerbangan yang tiba ketika itu ialah Jin Air (tiba dari Incheon pada 9.47 malam bersama 385 penumpang); Jeju Air (tiba dari Incheon, 157 penumpang); Air Busan (tiba dari Busan pada 10.40 malam, 193 penumpang); Jeju Air (tiba dari Incheon pada 11.25 malam, 179 penumpang); dan T'way (tiba dari Incheon pada 11.49 malam, 184 penumpang).
"Saya dimaklumkan oleh Pengurusan KKIA bahawa kesemua 10 kaunter Imigresen yang ada telah dibuka pada malam itu.
"Saya juga menerima maklum balas daripada pemain industri pelancongan dan ahli komuniti perniagaan yang melihat keadaan itu bahawa kemudahan tandas di lapangan terbang tidak mencukupi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, Christina menggesa Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) menyegerakan pelaksanaan menaik taraf kemudahan di KKIA kerana jelas terdapat keperluan mendesak untuk memanjangkan terminal di lapangan terbang ini.
"Kita memerlukan lebih banyak kaunter Imigresen dan saya fikir susunan semula kaunter adalah wajar untuk mengurangkan kesesakan dan melancarkan proses pelepasan," katanya.
Christina dalam pada itu turut melahirkan rasa kesalnya kerana amaran awal mengenai fenomena ini sebelum jangkaan pembukaan semula sempadan antarabangsa tidak diambil perhatian oleh pihak berkaitan.
Justeru, beliau menyeru pihak pengurusan KKIA untuk memulakan kerja dengan segera melalui pembinaan kemudahan sedia ada bagi menghadapi kebanjiran pelancong antarabangsa dan domestik.
Sebelum itu, Christina dimaklumkan bahawa MASB telah memperuntukkan sebanyak RM8.4 juta untuk menaik taraf kemudahan di KKIA.
Sebanyak RM1.4 juta daripada peruntukan itu akan dibelanjakan untuk menambah baik tandas awam di lapangan terbang dengan menambah lebih banyak bilik, manakala bakinya akan digunakan untuk projek naik taraf lain.
Ini termasuk penurapan semula landasan, dan menaik taraf lot komersial serta sistem Pengumuman Awam (PA).
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Theyols datang lepas cerita king the land ada mention kota kinabalu kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba reramai berjemaah dtg kk apa hal? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korea ok dibenarkan... |
|
|
|
|
|
|
|
nak makeba kt taman marin la tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
tp yg banjirnya chinah... with bad attitude
|
|
|
|
|
|
|
|
so melesia bila nk kenakan visa kt depa ni..
kita msk negara depa kn byr k-eta tu..
kita bila lg nk implement visa2 ni.. income pd negara juga tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Malaya pun ko suruh beratur kan? Padan lah sesak.
Kapal apa tu 385 penumpang?
Masa mula2 dulu sebelum AA pindah masuk sepi ja T1 tu.
#terminal haji arab saudi senyum sinis
|
|
|
|
|
|
|
|
Myhappyending replied at 4-8-2023 03:38 AM
Theyols datang lepas cerita king the land ada mention kota kinabalu kah?
Idok. Dah bertahun deols loyal datang pi Sabah. Propery mahal2 kat area KK, banyak deols beli jadikan homestays. Gomen nugri tengok je. Har. |
|
|
|
|
|
|
|
makiting replied at 4-8-2023 03:43 AM
Tetiba reramai berjemaah dtg kk apa hal?
Bukan tetiba sis. Dah lama deols berjimba di Sabah. Kalau aiol pi KK, musti nampak turis PRCs ngan Korea. |
|
|
|
|
|
|
|
iolss replied at 4-8-2023 11:53 AM
so melesia bila nk kenakan visa kt depa ni..
kita msk negara depa kn byr k-eta tu..
kita bila lg nk ...
Dapatlah tourist tax rm10 per night per room. Banyak jugak tu kalau kira2. Sesak lah pulau manukan nanti. Masyuk lah service provider kat jetty tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kat sana ramai ummah nih berkuntum ke? Bot iols naik dedulu pun bosnya set2 dorang jugek, yang kulinya orang kita |
|
|
|
|
|
|
|
Since i pergi KK tahun 2017 lagi pelancong korea mmg suka g sana. Baru past week i pergi semporna tanya budak tour guide cemana dorg fasih mandarin & i tanya lagi knp korean tak dtg semporna eh, mcm dorg lg prefer KK lah. Budak² tour guide ni cakap insurance korean jarang sangat cover sampai semporna.
Pastu iolss pon hiking lah bohey dulang, Ya Allah atas tu dah mcm i kat mainland. Pastu iolss pon tengok jelah view kan sbb ramai bebenor lah mainland ni & lama giler bergambar. Sekali terdengar hana, dul, set terus i cakap kat adik iolss yg jauh sikit dari i time tu " weh org korea org korea " pastu yg si korean ni pon jawab " haa maja " |
|
|
|
|
|
|
|
Kk terkenal jugak sbb zaman berhingus dulu bts ada p bercuti kat kk |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu dr kat sini ni PRC je ramai..dgn fesyen baju bunga2 beso2,topi beso2,cermin mata beso2 dlm shopping mall..org Korea ni ade yg bgs gak..penah ms menyoping kat JPO tgh pening nk pilih mn satu dress seorg ni bg idea..dia ckp yg ni tgh in kat sana..tp b.i dia tu faham2 la,ibarat ayam gan itik la jdnye..sambil2 menyoping ade yg tlg advise kan..X de pun pakai seksi pun..seksi lg nyonya Malaysia..hehehe.. cuma penah la tgk couple suami isteri gaduh..Jepun x la baran sgt isteri nye..ckp pun lembut2 lg..kalo Korea ni amboiii terkejut btl..tp dia org gaduh kat coner2...suami menikus je..hehehe..putih melepak2 mcm x de darah pun ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat Belas2 tahun dulu, first time pi tawau. Boleh aku hilangkan pas warna putih tu.. Aku tak tau lak kena simpan benda alah tu..
Masa nak balik semenanjung, aku ckp lah aku tak jumpa kertas tu, dah kena ceramah manja dgn pegawai imigresen.. |
|
|
|
|
|
|
|
I ols nak OT jap... sampai skarang tak paham kenapa airport Melaka tu takde buat penerbangan antarabangsa macam KK ni. Sepi sendu je kot airport Melaka tu. Padahal pusat pelancongan gak Melaka tu. Tak putus2 kot tourists masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
mereka ini kalau datang kk mesti main golf...penuhlah padang golf di kk dgn mereka, apa lagi jual mahallah resort resort dgn golfer local
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 4-8-2023 12:05 AM
mereka ini kalau datang kk mesti main golf...penuhlah padang golf di kk dgn mereka, apa lagi jual ...
Dahulu Saya ada terbaca magazine di korea hanya orang betul betul kaya sahaja yang mampu main golf. |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau manukan tu nanti.. penuh manusia daripada ikan. Pergi snorkeling nampak kaki orang.. bukan ikan. hampeh betul.
Beratur kat jeti tu aje berjam2.
Malaysian sendiri memang suka ke KK untuk bercuti.. ni tambah lak tourist dari luar.. memang parahla.. airport KK tu pon bukanla besar mane nak tampung sekaligus camtu. Agaknya sekarang memang tengah musim cuti kat Korea ke apa. Macam kita.. musim cuti sekolah berbondong2 gi bercuti.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|