Remaja berusia 17 tahun gagal membayar ikat jamin seperti diperintahkan Mahkamah Majistret Muar hari ini dan menjalani hukuman penjara atas pertuduhan merogol kenalannya di sebuah rumah dalam daerah ini, tahun lalu.
Tertuduh bersama rakannya berusia 18 tahun masing-masing didakwa atas satu pertuduhan merogol, namun mereka mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.
Gambar hiasan - SelangorKini
Sebaik pengakuan tidak bersalah dibuat kedua-dua tertuduh, mahkamah kemudian memerintahkan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun hanya rakannya membayar ikat jamin.
Mahkamah juga memerintahkan supaya rakannya melapor diri di balai polis berdekatan serta tidak mengganggu atau menghubungi mangsa dan keluarganya.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh ketika itu berusia 16 tahun 17 tahun, didakwa merogol kenalannya berusia 12 tahun, September tahun lalu.
Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Siti Rohayu Salleh manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 September depan sebutan kes, serahan dokumen serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sumber: Harian Metro |