View: 1202|Reply: 0
|
Moura kembali ke Sao Paulo
[Copy link]
|
|
MOURA memulakan karier sebagai pemain profesional di Sao Paulo pada 2010. FOTO REUTERS
Sao Paulo: Pemain sayap Brazil, Lucas Moura yang pernah beraksi bersama Tottenham dan Paris Saint-Germain, mengumumkan kembali ke kelabnya sejak kecil, Sao Paulo, umum kelab itu, hari ini.
"Lucas sudah kembali!" umum Sao Paulo FC dalam satu kenyataan, sekali gus menjadikan pemain antarabangsa berusia 30 tahun itu sebagai pemain Amerika Selatan terbaru yang pulang ke negara asal di hujung karier.
Pemain sayap itu yang menyaksikan kontraknya bersama Tottenham berakhir pada Jun lalu, akan bersama penyerang Colombia, James Rodriguez, 32, yang diumumkan menyertai Sao Paulo pada Sabtu lalu.
Moura membuat penampilan sebagai pemain profesional bersama Sao Paulo pada 2010 dan memenangi gelaran Copa Sudamericana, dua tahun kemudian, sebelum berpindah ke Eropah selama sedekad.
"Kembali ke kelab ini adalah sesuatu yang penuh emosi," kata Moura dalam satu kenyataan.
"Teringat semua perkara yang saya lalui di sini dan kembali semula selepas sekian lama membuatkan saya sangat teruja. Saya sangat gembira."
Moura berpindah dari Sao Paulo ke PSG pada 2012 dengan yuran AS$53 juta (RM241.4 juta) iaitu yuran perpindahan terbesar bagi pemain Brazil ketika itu.
Selepas bergelut mempamerkan kehebatan di kelab Perancis yang dipenuhi pemain bintang itu, dia menyertai Tottenham pada 2018 dan mencipta memori hebat apabila meledak hatrik ketika menentang Ajax di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019, sebelum kecundang di tangan Liverpool di final.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... embali-ke-sao-paulo |
|
|
|
|
|
|
| |
|