View: 1201|Reply: 0
|
Colwill sambung kontrak enam tahun dengan Chelsea
[Copy link]
|
|
COLWILL beraksi cemerlang ketika membantu skuad Bawah 21 Tahun England muncul juara Kejohanan Eropah, baru-baru ini. FOTO REUTERS
London: Pemain pertahanan, Levi Colwill menandatangani kontrak baharu selama enam tahun bersama Chelsea dengan pilihan setahun lagi, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.
Pemain berusia 20 tahun kelahiran Southampton itu mula menyertai Chelsea pada usia lapan tahun dan membesar menerusi akademi mereka, sebelum dipinjamkan ke Brighton & Hove Albion bagi musim 2022-23.
Dia membuat 22 penampilan dalam semua kejohanan bersama skuad kendalian Roberto De Zerbi dan membantu Brighton layak bersaing di peringkat Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.
"Ia sentiasa satu keputusan yang mudah," kata Colwill dalam satu kenyataan.
"Sejak membesar, apa yang saya tahu hanya Chelsea. Saya bercakap dengan pengurus dan dia memberikan jaminan dan kepercayaan yang saya perlukan. Dia bercakap dengan saya bukan hanya sebagai pemain, tetapi sebagai manusia. Ia memberikan banyak perbezaan."
Colwill membantu skuad Bawah 21 Tahun England muncul juara Kejohanan Eropah, bulan lalu dan antara pemain pertahanan yang tidak bolos sebelum dinamakan sebagai pasukan terbaik kejohanan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Pemain muda berpotensi itu dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab Eropah, sebelum dia membuat keputusan untuk kekal di Chelsea.
"Levi adalah pemain cemerlang yang dapat mengatasi setiap cabaran dalam kariernya setakat ini.
"Kami teruja dia kekal di Chelsea untuk beberapa tahun akan datang," kata pengarah sukan bersama Chelsea, Laurence Stewart dan Paul Winstanley dalam kenyataan.
Chelsea mengharapkan bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mampu mengubah nasib mereka selepas menduduki tangga ke-12 liga musim lalu yang juga pencapaian terburuk mereka sejak 1994.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ahun-dengan-chelsea |
|
|
|
|
|
|
| |
|