View: 854|Reply: 0
|
Takkan pernah menyerah - Faisal
[Copy link]
|
|
FAISAL terlepas tiga aksi Liga Super.
Kuala Lumpur: Pemain sayap sensasi Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim tekad bangkit membantu skuad Gergasi Merah menamatkan saingan musim 2023 dengan bergaya selepas tempoh penggantungannya selama sebulan tamat hujung bulan ini.
Faisal berkata setiap cabaran akan menjadikan dia lebih cekal sekali gus tidak akan berputus asa dalam usaha membantu pasukan mencapai kejayaan.
"Setiap cabaran membuka peluang untuk bangun dan berdiri dengan lebih teguh. Takkan pernah menyerah. Kini masa untuk kembali dengan satu misi, pertahankan kebanggaan ini. MKLK (Merah Kuning Lambang Kebanggaan)," kata pemain berusia 25 tahun itu dalam hantaran di akaun Twitter hari ini.
Rabu lepas, Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan =Faisal, yang lebih dikenali sebagai Mickey, dikenakan hukuman penggantungan selama sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu susulan kenyataannya ketika ditemu bual media selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada April.
Hukuman itu menyaksikan dia terlepas tiga perlawanan Liga Super iaitu ketika Selangor bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) Sabtu lepas, Kuala Lumpur City FC (8 Ogos) dan Negeri Sembilan FC (14 Ogos) serta aksi pusingan pertama Piala Malaysia menentang PDRM FC (3 dan 19 Ogos).
Mickey yang juga pemain skuad Harimau Malaya menjaringkan lapan gol dalam saingan Liga Super setakat ini dan satu gol dalam kempen Piala FA.
Selangor berada di tempat kedua Liga Super dengan mengumpul 40 mata selepas 19 perlawanan setakat ini, ketinggalan 14 mata di belakang JDT selaku pendahulu yang bermain kurang satu perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nah-menyerah-faisal |
|
|
|
|
|
|
| |
|