CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2114|Reply: 7

Pelajar Tingkatan 5 Pulang Dari Surau Maut Bertembung Dengan Motosikal Warga Emas

[Copy link]
Post time 1-8-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Ajal pulang dari surau, pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah motosikal lain di KM19 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, semalam.


Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian pada jam 7 malam itu membabitkan motosikal jenis Honda Dash yang ditunggang lelaki berusia 64 tahun dan motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggangi remaja berusia 17 tahun.




Dua lelaki masing-masing berusia 64 dan 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar satu sama lain di Kilometer 19 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, Parit, pada Isnin. - Foto ihsan media sosial




Katanya, hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian, warga emas itu dalam perjalanan dari Tanjung Belanja menuju ke rumahnya di Kampung Tua yang menghala ke Bota Kiri.


Menurutnya lagi, apabila lelaki berkenaan sampai di persimpangan rumahnya, dia tiba-tiba membelok motosikalnya ke kanan sebelum dilanggar motosikal dari arah bertentangan, yang ditunggang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, dekat sini, itu.


Jelasnya, ketika kejadian, kedua-dua mangsa didapati tidak memakai topi keledar.


“Apabila sampai di simpang rumahnya, penunggang motosikal jenis Honda Dash tiba-tiba membelok ke kanan.


"Ini menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC yang bergerak lurus ketika itu tidak sempat memberhentikan motosikalnya dan melanggar motosikal Honda Dash itu.


“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala masing-masing dan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Changkat Melintang, dekat sini, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd Yusri berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Di samping itu, beliau turut menasihatkan agar semua penunggang motosikal sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.


“Pihak polis menasihatkan semua penunggang motosikal agar sentiasa berhati-hati, memakai topi keledar dengan betul dan kemas, serta mematuhi peraturan dan undang-undang,” ujarnya.



Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 maut ke ....innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Usia lanjut cenggini tak payah la nak pandu keta/tunggang motosikal bagai.
Membahayakan pengguna lain jer.
Refleks lambat, tak peka sekeliling.

Trafik zaman sekarang bukan macam 90an.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols balik kampung dekat bota ni, mengucap panjang iols tengok tua2 ni naik motor
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 12:41 PM | Show all posts
ketika kejadian, kedua-dua mangsa didapati tidak memakai topi keledar.

helmet tu walau mungkin dicipta oleh orang kapir namun tetap kena pakai dek walau ke surau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 12:43 PM | Show all posts
innalillah, salam takziah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah..orang tua² ni memandu or bawak motor lagi bahaya..yang suka melawan arus kt tempat i ni pun byk org tua² balik dari surau..dah la pagi² orang semua kalut g keje, hantar anak sekolah..time tu la diorang bawak motor melawan arus
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 1-8-2023 12:33 PM
Kalau iols balik kampung dekat bota ni, mengucap panjang iols tengok tua2 ni naik motor

Belah bota sana banyak lagi kereta. Tapi kalau belah tanjung belanja ni, kereta kurang sangat. Situ orang tua memang bawa motor slow dan bawa ikut suka hati je (teringat arwah atok i). I speku budak lelaki ni maybe bawa laju juga.. yelah jalan lengang. Iols kalau balik tg belanja, memang drive kereta pun slow sebab risau kang tetiba deme orang kampung tu main keluar je dari simpang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 1.171690 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list