Sebelum ini, 'scammer'tersebut pernah ‘kantoi’ malah tidak pernah membayar balik duit hasil ‘scam’ daripada orang ramai itu, netizen kini lebih peka dan ia didedahkan sekali lagi di Twitter.
Tidak pernah menyesal dan seperti ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang, wanita itu kali ini cuba menjual meja solek yang sebenarnya diambil foto daripada Google semata-mata.
Berikutan itu, seorang individu telah mendedahkan tindakan wanita itu di Twitter dan meraih perhatian ramai terutamanya mangsa penipuan jual beli sebelum ini.
Dianggap tidak pernah serik dan diibaratkan makan ‘duit haram’, netizen berharap wanita itu dan suaminya dikenakan tindakan undang-undang kerana difahamkan sudah ramai menjadi mangsa penipuan pasangan tersebut.
Sumber: Beautifulnara