CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2061|Reply: 0

F1: Max Verstappen berdepan penalti di Belgium

[Copy link]
Post time 31-7-2023 09:05 AM | Show all posts |Read mode
F1: Max Verstappen berdepan penalti di Belgium


VERSTAPPEN dikenakan penalti lima grid perlumbaan ekoran penukaran kotak gear pada jenteranya. – AFP



SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen tidak cemas dengan hukuman pe­nalti lima grid yang dikenakan ke atasnya sekali gus optimis mampu meneruskan rentak kemenangan menjelang perlumbaan sebenar di Grand Prix (GP) Belgium hari ini.

Pemandu Red Bull tersebut dikenakan penalti kerana pasukan membuat keputusan untuk menukar kotak gear buat kali kelima bagi musim ini iaitu lebih satu daripada yang dibenarkan.

“Tahun lalu, saya mendapat lebih banyak penalti. Jadi, tidak mustahil kami masih boleh memenangi perlumbaan ini.

“Apapun, saya rasa bersema­ngat berada di sini melihat begitu ramai peminat. Saya membesar dekat sini dan saya telah ba­nyak kali berlumba di sini, jadi ia se­perti perlumbaan kedua di tempat sendiri bagi saya,” kata Verstappen.

Hasil keputusan tersebut, pelumba Ferrari, Charles Leclerc akan memulakan saingan dipetak utama dan ekori rakan sepa­sukan Verstappen, Sergio Perez di petak kedua, manakala pelumba Mercedes, Lewis Hamilton di petak ketiga.

Pada tahun lalu, Verstappen yang bermula di petak ke-14 berikutan dikenakan penalti berkaitan enjin tetap menampilkan aksi luar biasa selepas melakar kemenangan.

Pada tahun ini, pelumba berusia 25 tahun itu mahu melebarkan rekod 13 kemenangan berturut-turut buat Red Bull termasuk memburu 12 kemenangan dalam semusim, sekali gus menjadi pasukan pertama mencapai kejayaan itu.

Ketika ini, Verstappen mendahului rakan sepasukannya dari Mexico, Sergio Perez dengan ke­lebihan 110 mata. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... penalti-di-belgium/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053470 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list