View: 1842|Reply: 0
|
Sabah bawa pulang tiga mata berharga
[Copy link]
|
|
Sabah bawa pulang tiga mata berharga
MACHADO (kiri) meraikan gol dijaringkannya bersama rakan sepasukan. FOTO MIKAIL ONG
Georgetown: Sabah FC menebus kekalahan di tangan Selangor FC, Ahad lalu, selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Penang FC di Stadium Bandaraya, malam ini.
Skuad Harimau Kumbang turun tanpa tonggak importnya, Sonny Saad selain bek tengah, Khairul Akmal Rokisham dan pemain pertahanan, Faris Shah yang direhatkan kerana kecederaan.
Lima minit pertama, Penang melakukan asakan bertubi-tubi, namun jaringan pantas pemain tengah, Mohd Irfan Fazail mengejutkan kem tuan rumah seawal minit kesembilan.
Bekas bintang Harimau Muda itu meluru dari belakang sebelum menyambut hantaran lintang Darren Lok dan melakukan tendangan deras tepat ke gawang lawan.
Pertahanan Penang mula kucar-kacir dengan tandukan penyerang import baharu Sabah, Ramond Machado meletakkan kem pelawat berada dalam kedudukan selesa 2-0 sebelum rehat.
Bersambung separuh masa kedua, anak buah Datuk Ong Kim Swee terus menguasai permainan meskipun seorang pemainnya terpaksa diusung keluar padang selepas dirempuh Ousmane Fane.
Pengendali Penang, Manzoor Azwira Abd Wahid mengeluarkan gandingan tengah, Adriano Adriano Aparecido dan Amer Azahar yang diganti Kogileswaran Raj dan Alif Ikmalrizal Anuar pada minit ke-62.
Kemasukan Alif Ikmalrizal ternyata tidak sia-sia apabila meledak gol pertama Harimau Kumbang seterusnya merapatkan kedudukan 1-2.
Alif, 21, merembat kencang dari sebelah tepi untuk menewaskan penjaga gawang pelawat, Damien Chien pada minit ke-76.
Penang terus berusaha mencari gol penyamaan, namun kedudukan 1-2 kekal sehingga tamat permainan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -tiga-mata-berharga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|