View: 7595|Reply: 9
|
"Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?" - A. Aida
[Copy link]
|
|
Penerbit, Datuk A. Aida mempersoalkan tindakan pelakon, Amelia Henderson yang masih berkeras untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes langgar kontrak sebuah drama.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A.Aida Productions Sdn Bhd pada 7 April lalu.
Susulan itu, Amelia memfailkan rayuan dan sedang berada dalam proses 'review' untuk menetapkan tarikh rayuan aktres itu.
A.Aida berkata, pihak Amelia seakan tidak menghormati keputusan mahkamah.
Menerusi temu bual dengan Melodi, A.Aida juga pelik Amelia seakan sukar untuk menurunkan video yang mengandungi fitnah terhadapnya dan syarikat.
"Sebenarnya kalau nak kira, saya frust dan kecewa juga sebab sampai sekarang saya masih menunggu bila pihak belah sana hendak buat permohonan maaf dan take down video memfitnah saya dan syarikat.
"Bagi saya, pihak di sana tu seperti tidak menghormati keputusan mahkamah yang telah memihak kepada saya.
"Sampaui sekarang saya masih menunggu dan sabar... jadi saya pun dah berbincang dengan peguam saya, tunggu sajalah.
"Tapi yang peliknya kenapa susah sangat ke nak buat permohonan maaf? Saya sometimes tak boleh brain.
"Saya difahamkan oleh peguam saya dia tiba-tiba nak buat rayuan. Takkanlah permohonan maaf pun nak buat rayuan. Ya Allah, Ya Tuhanku, tak tahulah. Fikir Sendirilah," katanya.
Sumber: Xtra, Melodi |
|
|
|
|
|
|
|
Sis rasa, a aida ni ada sisi baik dia jugak lah. Walauponn dia sedemikian. Sisi baik dia, mcm mudah je memaafkan org. As long as kau mintak maap lerr.. agaknye kalau amelia mintak maaf kaw kaw, dpt ler diskon bayar tu kenn |
|
|
|
|
|
|
|
Bukanker yg rayuan tu psl smn 200k langgar kontrak yg mana ame nk cuba minta kurang atau byr ansuran gitu..HAk dialah nk rayu..apaplak psl x hormat keputusan mahkamah.
Yg psl video dan dikatakan fitnah tu kes baru lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
memang ego dan kek wat cikki mix pari2 ni...
tengok pun dah tahu...
kalau lah awal2 dia minta maaf sebab langgar kontrak dan sauk job lain... rasanya takkan jadi isu besar sampai saman menyaman...
alah biar je lah dia pandai2 buat apa2 dia nak... rayuan ke atau jual adik dia yang herlok tu ke untuk bayar saman...
|
|
|
|
|
|
|
|
dia pn byk duit.. ada jer yg nk tlg klau x berduit pn.. haha
esok2 berbaik la korg.. percayala.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tak ngaku salah la. DNA ittew masih ada dlm darah beliau. Ntah2 mmg plan tanak bayar 1 sen pon. Saje je drag case buat rayuan mintak discount. Ujung2 buat crowd funding mintak ehsan. Nnt ada je kipas susah mati derma. |
|
|
|
|
|
|
|
Peminat2 la yg sibuk kutip derma nanti.. kalau dapat kutipan terlebih buat2 bodo.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu proses kan...selagi diberi hak utk buat rayuan, boleh je. tak salah pun. dia bkn tak hormat mahkamah. dia tahu undang2. so kalau dah buat rayuan pun dia kalah, i bet dia akan bayar apa yang patut dibayar. kakAida pun takyah lah bitter sgt. kalau di pihak yang benar, dan mahkamah mendapati tiada kes utk rayuan, inshaallah....kakaida menang la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|