CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3489|Reply: 17

Alya Iman 'komited' tidak bertudung

[Copy link]
Post time 30-7-2023 03:17 PM | Show all posts |Read mode


Alya Iman 'komited' tidak bertudung


Alya Iman bersama abangnya, Bazli Zhafri yang hadir pada satu acara hiburan di ibu kota, baru-baru ini. Foto dari Instagram Alya Iman


Kuala Lumpur : "Inilah diri sebenar saya," kata pelakon, Alya Iman, 22, selepas mengambil keputusan untuk tampil tidak bertudung sejak April lalu selain dengan imej semakin seksi.

Alya yang juga anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha berkata, sejak membuat keputusan itu, dia tetap membaca komen-komen netizen di media sosial yang mengecamnya dan sudah lali dengan pelbagai kecaman.

"Saya terima dan tahu impak berpakaian begini (seksi) akan dikecam ramai. Tapi, inilah penampilan diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang ramai dapat terima perubahan ini dengan hati terbuka," katanya kepada Harian Metro.

Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil berkata, dia terima saja apa yang orang nak cakap dan mengecam dirinya dengan imej dan penampilan baharu sekarang.

"Sebenarnya ramai cakap pada saya jangan baca komen (netizen), tapi itulah yang saya buat juga. Kadang-kadang memang terkesan, tapi bila dah lama-lama jadi lali," katanya yang mula dikenali dengan drama Lelaki Kelas Sebelah di TV3 pada 2019.

Alya yang juga pelakon drama Ku Punya Hati memulakan langkahnya dalam bidang lakonan dengan imej bertudung. Apatah lagi, Allahyarham bapanya cukup dikenali dan disegani sebagai pelakon.

Bagaimanapun, Alya membuat kejutan pada 1 Syawal lalu dengan penampilan tidak bertudung apabila memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan rambut panjangnya.

Alya menerusi penjelasannya sebelum ini mengakui, tindakan dia tidak bertudung itu kerana tidak mahu terus bersikap hipokrit dan mahu tampil dengan imejnya yang sebenar.


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ted-tidak-bertudung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Masitah pon dah bukak tudung.. haaa jadik lh diri sendiri memasing ye anak2.. sok2 dah tua taubat lah yerrr

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 03:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak kko laaa nk bogel ke,,, apaa ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dzahin_poch replied at 30-7-2023 03:41 PM
Masitah pon dah bukak tudung.. haaa jadik lh diri sendiri memasing ye anak2.. sok2 dah tua taubat la ...

Terkezut jgak. Sbb masya ni sejak zaman kanak2 bertudung kan? Akhirnya.... Mcm x caya je...wpon sering pakai tahape2
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 04:06 PM | Show all posts
Dzahin_poch replied at 30-7-2023 03:41 PM
Masitah pon dah bukak tudung.. haaa jadik lh diri sendiri memasing ye anak2.. sok2 dah tua taubat la ...

finally... hati kaka membuak2 tengok sheols bertudung sebelum ni tapi gigih nak menyeksi kulu kilir...
now boleh la ikut jejak langkah alya iman jadi sugar baby kepada daddy2 yang rhoper lori sampah dbkl...

tapi jangan lupa ya duit2 menyundal tu simpan dalam tabung haji sikit... muda2 ni kita menyundal la puas2 dah tetua nanti kita bertaubat la gi haji... gittuhhh nasihat tak bernas dan tak boleh pakai dari iols...




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2023 04:13 PM | Show all posts
Masya tu kabarnya mmg menyeksi pun diluar
Sedara mara datang rumah pun ber hotpant, sleeveless
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 30-7-2023 04:17 PM
Dzahin_poch replied at 30-7-2023 03:41 PM
Masitah pon dah bukak tudung.. haaa jadik lh diri sendiri memasing ye anak2.. sok2 dah tua taubat la ...


akhirnyaaaaaaa
achik trus skodeng her ig she up 1hour ago
terserlah muka marhaen...

#welkam to the clubbukatudung
#menjdi diri ssndiri
#makin ramai ahli
nk tahniah ke takziah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mcm bapok je dlm pic tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekati tebal mekap ko neh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrp dia tk jd model tudung dah..sbb mcm tk sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzahin_poch replied at 30-7-2023 03:41 PM
Masitah pon dah bukak tudung.. haaa jadik lh diri sendiri memasing ye anak2.. sok2 dah tua taubat la ...

Laaaa.. baru perasan, dia pakai boot smpi atas peha rupanya… kat thread dia kt sebelah, dorg dok ckp kenapa dah pakai skirt, nak pakai seluar lagi.. kat sini baru nampak tu boots rupanya, walaupun sipi2
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni masa pakai tudung nampak ok la jugak. Dah bukak tudung terus nampak tak cantik
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:09 AM | Show all posts
-Suri- replied at 31-7-2023 01:50 AM
Dia ni masa pakai tudung nampak ok la jugak. Dah bukak tudung terus nampak tak cantik

bukanlar tak cantik, jadi muka biasa je

sebab ramai sangat pelakon drama cantik-cantik sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoola replied at 30-7-2023 04:16 PM
akhirnyaaaaaaa
achik trus skodeng her ig she up 1hour ago
terserlah muka marhaen...

Finally kannn..
Dgr ckp acik2
Porum hahahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 30-7-2023 04:06 PM
finally... hati kaka membuak2 tengok sheols bertudung sebelum ni tapi gigih nak menyeksi kulu kili ...

Khennnn… lepas ni boleh lah pakai segala mala baju sexi mexi dah xyah nak cover dgb inner stokin bagai …
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoola replied at 30-7-2023 04:16 PM
akhirnyaaaaaaa
achik trus skodeng her ig she up 1hour ago
terserlah muka marhaen...

Sgt marhaen kan sis hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 31-7-2023 01:23 AM
Laaaa.. baru perasan, dia pakai boot smpi atas peha rupanya… kat thread dia kt sebelah, dorg dok  ...

Masih nak cover kaki lg. tgu sebulan dua nt pakai original skin tone je hahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.081957 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list