CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 0

Syabu RM3.36 Juta Dalam Bungkusan Serbuk Pencuci Diseludup Ke Sabah

[Copy link]
Post time 30-7-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 100 kilogram dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam bungkusan serbuk pencuci dianggarkan bernilai RM3.36 juta di Pelabuhan Sepanggar, di sini, Rabu lalu.


Rampasan kira-kira 5 petang itu dilakukan pegawai dan anggota JKDM dari Cawangan Narkotik, Unit Operasi Penguatkuasaan, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) Sabah.


Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, ia adalah rampasan terbesar di Sabah, dan dilakukan hasil maklumat risikan sebelum membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor.


DADAH jenis Methamphetamine yang dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah. FOTO Mohd Adam Arinin




Katanya, kontena berkenaan mengandungi barangan campur dan hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena itu, pasukan serbuan menemui sembilan kotak disyaki mengandungi dadah.


"emeriksaan lanjut ke atas sembilan kotak itu menemui sejumlah dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 101.951 kilogram dianggarkan bernilai RM3,364,383," katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan, Sepanggar, di sini, hari ini.


Zazuli berkata, semua syabu yang ditemui dibungkus menggunakan pembungkus serbuk pencuci.


"Selain dadah, kotak berkenaan juga mengandungi serbuk pencuci dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.


"Tiada tangkapan dibuat, namun usaha mengesan pengirim atau penerima sedang dilakukan berdasarkan alamat yang tertera iaitu di sebuah kondominium di Likas," katanya.


Zazuli berkata, modus operandi bagi kes ini adalah mengedarkan dadah menggunakan kontena dan memasukkan dalam bungkusan serbuk pencuci dan dagangan diikrar sebagai serbuk cucian.


"Seterusnya barangan akan dicampur dengan barang lain dalam kontena 'Less than Container-Load' (LCL)," katanya.


Katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.065548 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list