View: 1776|Reply: 8
|
Pencuri Tangga Diburu Polis
[Copy link]
|
|
Seremban: Dua lelaki dirakam mencuri tangga dari sebuah rumah di Taman Ampangan dekat Paroi, di sini, pada 17 Julai lalu.
Kehilangan tangga mudah alih itu hanya disedari pemilik rumah selepas memeriksa kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek melarikan alat berkenaan jam 3.50 petang.
RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek mencuri tangga lipat dari sebuah rumah di Taman Ampangan. FOTO ihsan pembaca
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya sedang memburu dua suspek terbabit.
"Jam 2.50 petang semalam polis menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 30 tahun mengenai kejadian curi di kawasan perumahan Taman Ampangan.
"engadu menyedari tangga lipat aluminium yang diletakkan di halaman rumah hilang. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada petang 17 Julai lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, suspek menaiki sebuah motosikal sebelum seorang daripada mereka bertindak memanjat pagar rumah.
"Seorang lagi menunggu di luar pagar rumah sambil memerhatikan sekeliling. Suspek mengambil tangga dan melarikannya. Anggaran kerugian kira-kira RM200," katanya.
Arifai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ainol Omar di talian 011-59197441 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Curi tangga pon jd isu semasa. Igt cri parcel td. |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 30-7-2023 12:17 PM
Curi tangga pon jd isu semasa. Igt cri parcel td.
|
|
|
|
|
|
|
|
Janji dapat jual.dpt duit..pencuri dimana mana skrg ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasal tangga hilang pun polis tak reti nak cari. Memang kena buat press conference dulu baru nak pi cari ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 31-7-2023 12:35 AM
Motip curi tangga?????
Jual.
Iols pun tak berani letak tangga kat luar.
Barang2 yg pernah dicuri dari laman rumah iols:
Kasut sukan
Kepala paip- dia buat keje tengah mlm. Sederet rumah kena hari yg sama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|