View: 3021|Reply: 13
|
Kelibat Faris Dilihat Di Kawasan Chalet, Pencarian Diteruskan
[Copy link]
|
|
Manjung: Operasi pencarian kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di Pantai Teluk Senangin, di sini, di sambung pada 10.45 malam tadi setelah pihak bomba menerima maklumat mengenai kelibat mangsa di kawasan chalet berdekatan pantai berkenaan.
Terdahulu, operasi pencarian Muhammad Faris Irfan, 10, pada asalnya ditangguhkan 6.30 petang semalam.
Tiga anggota bomba, enam anggota polis dan 25 orang awam menjalankan operasi mencari Muhammad Faris Irfan. FOTO IHSAN FB NORHASLINDA ZAKARIA
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, orang awam memaklumkan terlihat mangsa yang memakai seluar hitam berjalur putih dan baju berkolar warna merah jambu berada di sekitar kawasan chalet pada 3.30 petang semalam, dalam keadaan terpinga-pinga dan takut.
"Jarak chalet itu dari lokasi asal pencarian adalah lebih kurang lima kilometer (km).
"Operasi pencarian pada malam tadi membabitkan dua kumpulan terdiri daripada tiga anggota bomba, enam anggota polis dan 25 orang awam. Pencarian dibuat di sekitar kawasan chalet dan kampung.
"Radius pencarian meliputi 10 km, tetapi tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan. Operasi ditangguhkan pada jam 12.45 tengah malam," katanya dalam kenyataan, awal pagi tadi.
Mengulas lanjut operasi pencarian yang dilakukan petang semalam, Sabarodzi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh polis bahawa mangsa disyaki hilang ketika bermain di gigi air dan keluarga mangsa sudah membuat pencarian awal tetapi tidak berjaya menemukan mangsa.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Faris ditemui dgn cepat dlm keadaan selamat.
Semoga ibubapa Faris sabar dan tabah menghadapi musibah ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Insya Allah. Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jumpa dah. Dah mati. Lemas. |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 30-7-2023 10:59 AM
Dah jumpa dah. Dah mati. Lemas.
Innalillah...
jmp area berdekatan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 30-7-2023 11:01 AM
Innalillah...
jmp area berdekatan ke?
Dekat tanjung hantu. Macam ada unsur mistik. |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 30-7-2023 11:49 AM
Dekat tanjung hantu. Macam ada unsur mistik.
Nama tempat punnnnnn..takde nama yang indah sikit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya.. semoga family arwah tabah dlm menghadapi kehilangan mengejut gini |
|
|
|
|
|
|
|
Yg dilihat ketakutan dan terpinga2 berdekatan chalet tu siapa pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 30-7-2023 01:13 PM
Yg dilihat ketakutan dan terpinga2 berdekatan chalet tu siapa pulak?
Sebelum masuk ke air ataupun salah orang..
Innalillah..
Teluk senangin ni last iols pergi tahun lepas punyala ramai orang, dah susah parking, lepas parking nak cari port letak bontot pun payah
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tau juga laporan, baju budak pakai tu sama tak dia kata dengan yang dah jumpa lemas tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
spankee_fili replied at 30-7-2023 01:23 PM
Sebelum masuk ke air ataupun salah orang..
Innalillah..
Teluk senangin ni last iols pergi tahun l ...
best tak tmpt ni..sb ada rasa nk pi... |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 30-7-2023 12:16 PM
Nama tempat punnnnnn..takde nama yang indah sikit ke?
Alah kalau indah seindah nama tanjung syurga pun, bukannya auto tempat jadi kalis hilang kalis lemas, sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 30-7-2023 04:49 PM
best tak tmpt ni..sb ada rasa nk pi...
Pd aku, best. Chalet betui2 dpn laut. Lepak dpn chalet dh boleh tgk sunset. Tp mlm aku tak lena sebab takut kalau tiba2 tsunami, confirm aku hanyut
Pi la try |
|
|
|
|
|
|
| |
|