"Buat Syahmi saya doakan dia untuk tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif kerana tidak ada yang mustahil di dunia ini.
"Saya akan terus memberikan sokongan moral buat Syahmi untuk terus bangkit melawan penyankitnya itu," ujarnya.
Sementara itu, ibu Syahmi iaitu Masyitah turut meluahkan rasa syukur kerana tidak menyangka impian anak bongsunya itu ditunaikan oleh pihak Suria FM.
"Saya sangat bersyukur dan terharu apabila impian anak saya, Syahmi tertunai kerana sememangnya dia menanam hasrat sejak dahulu lagi untuk bertemu Safee.
"Syahmi sangat teruja selepas Kak Rara (panggilan Shiera) dan Suria FM berkeinginan untuk mempertemukan dengan idolanya.
"Ribuan terima kasih kepada pihak Suria FM dan Kak Rara diatas peluang dan pengalaman yang sangat indah buat Syahmi," katanya.
Untuk info, Syahmi yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur disahkan menghidap kanser otot tahap empat pada April 2021 sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-14.
Sumber: mStar