CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1380|Reply: 1

Kematian Sinead O’Connor tiada unsur mencurigakan

[Copy link]
Post time 29-7-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode

SETAKAT ini, kematian Sinead O’Connor tidak dikaitkan dengan pembunuhan atau kes mencurigakan.

POLIS London mengesahkan kematian penyanyi popular asal Ireland, Sinead O’Connor atau nama Islamnya Shuhada’ Sadaqat tiada kaitan dengan unsur mencurigakan.

Penyanyi dan aktivis terkenal dengan lagu Nothing Compares 2 U itu ditemui sudah tidak bernyawa di kediamannya di Herne Hill, Selatan London pada 26 Julai lalu.

Bagaimanapun, punca kematian hanya akan disahkan menerusi bedah siasat atas arahan Mahkamah Koroner Selatan London.

Proses tersebut mungkin mengambil masa hingga beberapa minggu dan keputusan jika inkues diperlukan pula akan dimaklumkan kemudian.

Difahamkan, tiada laporan yang menyatakan kematian penyanyi terbabit disebabkan faktor perubatan.

Pada 27 Julai lalu dunia dikejutkan dengan pemergian pelantun lagu
Nothing Compare 2 U selepas keluarga terdekatnya berkongsi berita menyedihkan itu.

Ada pihak menyangka kehilangan penyanyi itu secara mengejut pada usia 56 tahun mempunyai kaitan dengan kematian anaknya , Shane, 17, akibat bunuh diri.

O’Conner yang memeluk Islam pada 2018 namun mengekalkan nama asal sebagai nama pentas turut dikenali sebagai aktivis apabila berani mengoyakkan gambar Pope John Paul II sewaktu bersiaran langsung dalam rancangan televisyen Saturday Night Live.

Tindakan berkenaan sebagai tanda protes terhadap penderaan seksual membabitkan gereja Roman Katolik.

Begitupun, menurut rakan terdekat perkara itu sengaja dilakukan bagi membolehkannya berundur seketika daripada arena seni.

Pernah berseloroh mengenai nilai legasi karya dihasilkan ketika wawancara bersama majalah People dua tahun lalu, katanya dia telah meminta anak-anak menghubungi akauntannya sebelum memanggil ambulan.

“Saya tahu nilai karya selepas seseorang penyanyi meninggal dunia. Jadi saya ingatkan mereka panggil dulu akauntan sebelum hubungi 911,” katanya ketika mempromosikan buku memoir berjudul Rememberings.

Nyata pemergian ibu kepada empat anak termasuk Shane, yang meninggal dunia tahun lalu itu mendapat penghormatan terakhir yang indah daripada ramai rakan dan peminat yang menyayanginya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... unsur-mencurigakan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Confirm la bunuh diri.kesiannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052968 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list