CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 0

[Terengganu] 'Tak terbalas pengorbanan ayah'

[Copy link]
Post time 29-7-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular di media sosial. Gambar kanan, Umi Nazira bersama bapanya, Othman. FOTO Umi Nazira Othman

Marang: "Terlalu banyak sangat pengorbanan ayah untuk saya sejak kecil hingga dewasa ini dan memang tak terbalas jasanya itu sampai bila-bila," kata Umi Nazira Othman.

Perkongsian Umi Nazira, 24, di TikTok meruntun hati warganet selepas memuat naik video bapanya, Othman Mat Rani, 50, yang gigih memandu ketika hujan lebat dalam keadaan bilah cermin kereta rosak.

"Berkaca mata (menitiskan air mata) setiap kali tengok effort (usaha) seorang ayah nak hantar anak kerja bila hujan dengan keadaan wiper (bilah cermin kereta) rosaknya.

"Ya Allah panjangkanlah usia ibu ayahku, permudahkanlah urusan mereka menjaga kami adik-beradik di dunia dan di akhirat kelak," itu kapsyen ditulis Umi Nazira pada video berkenaan.

Menceritakan kisah sebenar, Umi Nazira yang menetap di Kampung Lubuk Bayas Wakaf Tapai, di sini berkata, video itu dirakam ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja bersama bapanya.

"Saya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai minuman dan setiap hari, ayah yang hantar saya ke tempat kerja.

"Hari berkenaan, hujan lebat. Bilah cermin kereta dan penghawa dingin pula rosak jadi ayah terpaksa bawa kereta dengan perlahan sambil lap cermin hadapan yang berwap kerana tak nampak jalan.

"Anggaran jarak rumah ke tempat kerja adalah 13 kilometer (km) dan kerana tiada pilihan, ayah redah saja bawa kereta dalam keadaan begitu untuk pastikan saya sampai ke tempat kerja," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Melihat situasi itu membuatkan Umi Nazira yang juga anak sulung daripada tujuh beradik tersentuh kerana mengenangkan pengorbanan bapanya.

"Jadi, sambil duduk di sebelahnya (ayah), saya pun rakam video untuk kenangan. Kemudian, saya kongsikannya di TikTok dan ikutkan untuk suka-suka saja tetapi tak sangka pula tular hingga meraih hampir 700,000 tontonan setakat ini.

"Terkejut juga kerana saya pernah muat naik beberapa video sebelum ini tetapi tidak raih banyak tontonan pun.

"Apa pun, terima kasih kepada yang mendoakan dan sebagai anak, saya hargai sangat pengorbanan ayah kerana sekalipun sakit, dia tetap usaha cari rezeki buat kami sekeluarga," katanya yang hanya berpeluang belajar setakat peringkat Sijil Tinggi Pelajar Malaysia (STPM) kerana enggan membebankan keluarga.

Sementara itu, Othman berkata, kereta dipandunya adalah model lama iaitu Nissan Bluebird dan sudah digunakannya sejak lebih 20 tahun lalu.

"Buat masa ini, bilah cermin kereta dan penghawa dinginnya rosak tetapi belum dibaiki lagi.

"Jadi, buat sementara waktu, saya guna dulu dan ikutkan ada lagi satu kereta iaitu Proton Iswara tetapi sudah rosak akibat ditenggelami banjir.

"Memang susah pandu kereta dalam hujan dengan keadaan kereta begitu kerana tak nampak namun apa boleh buat, itu saja kenderaan yang saya ada," katanya.

Othman berkata, dia mulanya tidak tahu mengenai video yang tular sehingga diberitahu anaknya.

"Ada juga baca komen dan syukur kerana ramai mendoakan kami. Jujurnya memang mencabar hidup zaman sekarang dan menggalas tanggungjawab sebagai bapa kepada tujuh anak kerana empat daripadanya masih bersekolah.

"Dulu, saya bekerja sebagai pemandu lori kelapa sawit tetapi sudah tidak boleh buat kerja berat sejak 2018 iaitu selepas diserang angin ahmar.

"Kini, saya sudah beransur sembuh tetapi tidak boleh buat kerja berat dan hanya dapat ambil upah buat kerja kampung saja," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-pengorbanan-ayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047194 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list