Edited by pengecattaik at 29-7-2023 11:33 AM
KOTA BHARU – Debaran menunggu senarai calon dari Perikatan Nasional (PN) Kelantan berakhir malam tadi, apabila nama yang akan bertanding pada PRN DUN ke-15 Ogos ini telah diumumkan.
Selepas meneliti senarai 45 calon itu, Pas boleh dikatakan ketandusan calon apabila masih mengekalkan sekurang-kurangnya enam penyandang yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sejak tahun 1995.
Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika mengumumkan nama calon di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, mengekalkan dirinya untuk mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan.
Beliau mula bertanding sejak PRU kesembilan tahun 1995, diikuti bekas Timbalan Menteri Besar, Datuk Muhamad Amar Abdullah (DUN Panchor sejak 1995), Rohani Ibrahim (Tanjung Mas-2004), Datuk Mohd Nassuruddin Daud (Meranti-1999), Datuk Abdul Fattah Mahmood (Bukit Panau-2004) dan Datuk. Md. Anizam Abdul Rahman (Kemahang-1999).
Selebihnya, penyandang yang bertanding dari PRU12 hingga PRU13, selain beberapa muka baharu yang terdiri daripada peguam dan bekas pegawai tinggi kerajaan.
Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Ketereh yang baharu menyertai Pas, Tan Sri Annuar Musa tidak ada dalam senarai nama calon itu.
Pada PRU14 tahun 2018, Pas Kelantan mengekalkan penguasaannya di 37 kerusi DUN dengan Barisan Nasional (BN) hanya menang lapan kerusi.
Namun, PRN ke-15 ini, Pas Kelantan tidak bertanding secara bersendirian, sebaliknya berkongsi enam kerusi DUN kepada rakan gabungan PN, iaitu Parti Bersatu.
https://malaysiagazette.com/2023/07/28/letak-penyandang-tujuh-penggal-pas-kelantan-ketandusan-calon/
|