View: 6972|Reply: 7
|
Kupas Isu ‘Suami Kaki Perempuan’, Penyanyi Shukri Zainal Buat Laporan Polis Kerana Terima Ancaman Ugutan
[Copy link]
|
|
Penyanyi, Shukri Zainal membuat laporan polis, terhadap individu berhubung fitnah dan ugutan diterima ke atasnya melalui laman sosial Facebook (FB).
Laporan berkenaan dibuat oleh beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam jam 9 malam semalam (27 Julai), susulan fitnah dibuat seorang individu sekali gus membuat komen ugutan mahu membuka aib dirinya.
Pemilik nama penuh Mohd Shukri Azam bin Zainal Abidin ini mendakwa, kejadian itu disedarinya beberapa hari yang lalu, selepas dia memuatnaik perkongsian mengenai diskusi tentang isu semasa.
Dalam topik yang dibincangkan menerusi akaun Facebook peribadinya, Shukri tidak menyebut nama mana-mana pihak.
Katanya, susulan itu, mungkin kurang rasa senang, seorang netizen kemudian meninggalkan komen untuk berjumpa dan menggugut mahu membuka aib.
“Tuduhan dan fitnah berterusan daripada seorang pemilik akaun ini, menyebabkan ramai pengikut saya salah sangka seolah-olah saya menyebut nama pihak tersebut. Tetapi sebenarnya dalam posting yang saya kongsikan adalah umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Ia hanya sekadar “social experiment” tentang isu semasa bagi meningkatkan “Engagement” antara saya dan pengikut di Facebook”
“Individu tersebut terus menyerang saya di ruangan komen dan menganggap kata-kata yang saya keluarkan ini ditujukan kepadanya. Saya tidak faham kenapa individu ini mudah ‘terasa’ dengan topik yang saya bincangkan, sedangkan saya tidak menyebut mana-mana pihak. Kenapa sampai ajak jumpa dan ugut mahu buka aib saya?
“Selepas menerima ugutan tersebut, saya merasa kurang selamat untuk keluar rumah dan bimbang memberi kesan kepada mental saya untuk menjalani kehidupan seharian”- tambah Shukri yang mengalu pernah mengalami depresi beberapa tahun yang lalu.” katanya kepada MURAI MY.
Selain itu, Shukri turut membuat laporan terhadap pemilik akaun individu itu berhubung kenyataan berbaur hasutan, provokasi serta fitnah yang boleh mendatangkan ancaman bahaya.
Sumber: Murai |
|
|
|
|
|
|
|
who is yuhhhhhhhhhhh....
alahai nonok ke... dia yang hint2 dekat orang tu lepastu orang tu terasa... alih2 dia yang report polis... untuk kes ni kaka nak padan muka kan... dah kau yang gigih pergi hint gitu meminta2... padahal boleh je hidup senyap2 tak kacau orang kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 28-7-2023 02:09 PM
who is yuhhhhhhhhhhh....
alahai nonok ke... dia yang hint2 dekat orang tu lepastu orang tu terasa.. ...
https://youtu.be/Un7Ysb7Eyvs
Baru kenal hari ni jugak.
Pernah berada dlm situasi ni. Dlm family sendiri, cousin iols. Bila dh iols pm, tnya dia tuju status tu kat sapa? Dia mengelak².. pastu iols pun sindir dgn quotes² smpai dia sndri terasa.. smpai skrg dia x tegur kmi sekeluarga. Boleh kata dia dh ptuskan hbgn fmly.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu ada pepatah melayu menyebut kerana santan takoyaki binasa kerana mulut badan binasa |
|
|
|
|
|
|
|
"Ia hanya sekadar “social experiment” tentang isu semasa bagi meningkatkan “Engagement” antara saya dan pengikut di Facebook”
Banyak juga yg gini, kan? Main reka gosip. Tak sedar ke tu naikkan dosa menipu sama kau naikkan engagement kononnya.
Dia nak rasa takut keluar rumah dah kenapa? Bukan dia ugut nak apa2kan kau.
|
|
|
|
|
|
|
|
penyanyi? lagu apa yang ko nyanyi hah babi? noreen yang tetiber nyanyi kat abph haritu lebih dikenali dari ko yang super sendu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|