|
"Ibu, atit...atit..."
Gelap mata seorang ibu apabila mendapati kemaluan anaknya mempunyai kesan koyak seakan-akan ‘ternganga’ selepas mengadu terasa perit selepas membuang air kecil.
Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga, Deasy Natalia mendedahkan nasib malang anaknya, Khayla Arsyila Zafira menjadi target pemuas nafsu pemilik rumah sewanya.
Menceritakan kisah duka itu menerusi Instagram, Deasy mendedahkan sering dikasari suami dan ibu mentua sebelum dihalau dari rumah.
Detik hitam sekali lagi mengahntuinya ketika dia dan tiga anak menyewa di sebuah bilik.
Pada suatu hari, ketika sedang menyusukan anak ketiga berusia empat bulan, anak sulungnya itu dibiarkan bermain di luar bilik tanpa pantauan.
Apabila menjengah ke luar, budak itu sudah berada di ruangan lain dan wanita itu melihat sendiri pemilik rumah sewa baru menaikkan seluar Khayla dan memakaikan beg ke bahu kononnya sedang bermain.
Manakala seorang lagi kenalan kepada lelaki itu pergi ke bilik air dipercayai untuk membersihkan diri dan mengemaskan semula seluarnya.
Bagaimanapun, segalanya terbongkar apabila Khayla mengadu sakit selepas membuang air kecil.
Deasy segera pergi berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan pengesahan lanjut. Namun, apabila wanita itu ke balai untuk membuat laporan, pihak penguasa bersikap acuh tak acuh dengan aduan Puan Deasy.
Sejak 2021, tiada tindakan diambil sehinggalah wanita itu nekad menggunakan kuasa tular sebelum pihak berkuasa tampil untuk melakukan siasatan.
IG
Malah, dia mendakwa ada syarikat guaman menawarkan kesudian untuk membantu. - CARI
|
|