CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 1

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari keenam berturut-turut

[Copy link]
Post time 28-7-2023 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari keenam berturut-turut




KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikannya bagi hari dagangan keenam berturut-turut hari ini di tengah-tengah sentimen pelabur yang positif, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI naik 1.98 mata kepada 1,451.27 daripada paras 1,449.29 pada Rabu.

Petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 1.63 mata kepada 1,447.66 pagi ini dan bergerak antara paras 1,446.92 dan 1,456.36 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran juga positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 507 berbanding 443, manakala 423 kaunter tidak berubah, 920 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 3.73 bilion unit bernilai RM2.44 bilion.

FBM KLCI meningkat 48.24 mata sepanjang tempoh enam hari dagangan lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata beliau positif dengan ekuiti tempatan apabila pandangan konsensus merasa yakin bahawa pendapatan daripada syarikat korporat utama akan kekal kukuh.

"Selain itu, kami percaya rancangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina semula dan meletakkan Malaysia dalam kalangan 30 ekonomi terbesar dunia dalam tempoh kurang daripada 10 tahun menerusi Ekonomi Madani akan memberikan rangsangan tambahan kepada sentimen pasaran," katany.

Dalam pada itu, Thong berkata FBM KLCI terlebih beli dalam tempoh jangka pendek, oleh itu, dia menjangkakan penurunan sedikit dalam masa terdekat, yang beliau percaya adalah suatu yang sihat kerana ia membolehkan pasaran mencerna aktiviti pembelian baru-baru ini.

"Justeru kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam jajaran 1,445-1,455 menuju ke hujung minggu dengan paras ketahanan serta-merta pada 1,460 sambil membentuk paras sokongan baharu pada 1,430," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.11, CIMB meningkat dua sen kepada RM5.50 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.60, manakala Maybank susut satu sen kepada RM8.99 dan Petronas Chemicals turun 19 sen kepada RM6.81.

Dalam kalangan kaunter cergas, Capital A meningkat 7.5 sen kepada 91.5 sen, Kumpulan Datasonik naik dua sen kepada 47 sen, AT Systematization tidak berubah pada satu sen, manakala Hong Seng Consolidated susut setengah sen kepada 8.5 sen dan UEM Sunrise jatuh 5.5 sen kepada 48.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 11.02 mata kepada 10,661.38, Indeks FBMT 100 naik 9.20 mata kepada 10,349.15, Indeks FBM ACE menokok 11.23 mata kepada 5,331.54 manakala Indeks FBM 70 turun8.65 mata kepada 13,951.72 dan FBM Emas Shariah Indeks jatuh 3.36 mata kepada 10,929.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 62 mata kepada 16,164.88, Indeks Tenaga naik 2.27 mata kepada 836.69, manakala Indeks Perladangan susut sebanyak 6.62 mata kepada 7,205.55 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.13 mata kepada 167.10.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.70 bilion unit bernilai RM2.17 bilion daripada 3.01 bilion unit bernilai RM2.14 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran turun kepada 323.84 juta unit bernilai RM47.52 juta berbanding 368.29 juta unit bernilai RM54.34 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 697.60 juta saham bernilai RM226.42 juta berbanding 865.50 juta saham bernilai RM273.40 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 545.31 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (403.44 juta; pembinaan (228.40 juta); teknologi (611.03 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (92.86 juta); hartanah (488.28 juta); perladangan (34.65 juta); REITs (14.55 juta), dana tertutup (13,500); tenaga (111.18 juta); penjagaan kesihatan (55.63 juta); telekomunikasi dan media (51.17 juta); pengangkutan dan logistik (23.20 juta); dan utiliti (41.62 juta). – Bernama

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... enam-berturut-turut

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 08:13 PM | Show all posts
kekuatan ekonomi Malaysia semakin berjaya dan terus meningkat, Amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.034400 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list