View: 194|Reply: 0
|
Budak mentah Man City dapat pujian Guardiola
[Copy link]
|
|
AKSI Lewis pada perlawanan semalam. FOTO Reuters
Tokyo: Pep Guardiola mengisytiharkan generasi baharu Manchester City semakin menunjukkan hasilnya selepas trio graduan akademi menyinar ketika juara Eropah itu meraih kemenangan kedua dengan menewaskan Bayern Munich pada jelajah pramusim di Jepun, semalam.
James McAtee yang menghabiskan musim lalu secara pinjaman di kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United dengan membuat 37 penampilan dan menjaringkan sembilan gol dalam usaha membantu kelab itu naik ke Liga Perdana Inggeris (EPL), membuka jaringan untuk City pada minit ke-21 di Tokyo.
Rakannya, Oscar Bobb juga menunjukkan kualitinya selepas masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika meraih kemenangan 2-1.
Rico Lewis adalah pemain yang paling menonjol apabila kerap mencetuskan masalah kepada Bayern dengan sering mara ke depan namun tidak meninggalkan tugasnya di benteng pertahanan.
Bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan, Guardiola berkata, Lewis yang berusia 18 tahun adalah pemain sangat bijak.
"Dia memahami segala-galanya dan boleh dipercayai dalam banyak perkara," katanya mengenai pemain yang melakukan 14 penampilan dalam Liga Perdana musim lalu.
"Kami sangat gembira melihat kemunculan pemain dari akademi dan beraksi dengan cara mereka yang tersendiri," tambahnya.
Guardiola yang turut lahir dari akademi La Masia yang terkenal di Barcelona, menyatakan rasa bangganya dengan kualiti pemain yang dilahirkan City sekarang apabila melabelkan mereka sebagai 'generasi baharu akan datang'.
Aymeric Laporte melengkapkan kemenangan City pada minit ke-86 selepas Mathys Tel menyamakan kedudukan untuk Bayern lima minit sebelum itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-pujian-guardiola |
|
|
|
|
|
|
| |
|