View: 177|Reply: 0
|
Nketiah tak rela kena peram
[Copy link]
|
|
NKETIAH (kanan) jaring sembilan gol musim lalu.
London: Eddie Nketiah mendedahkan dia enggan menerima peranan sebagai pemain gantian di Arsenal sekali gus peringatan kepada pengendali Mikel Arteta.
Nketiah, 24, tampil dalam kesemua tiga aksi pramusim Gunners setakat ini dengan yang terbaru ketika tewas 0-2 kepada Manchester United Ahad lalu.
Walaupun kerap terbabit dengan aksi pramusim, Nketiah hanya menjadi pemain gantian kepada Gabriel Jesus musim lalu.
Pemain Inggeris itu membuktikan kepentingannya ketika Jesus, 26, menjalani pembedahan lutut yang memaksanya berehat lebih tiga bulan.
Sepanjang ketiadaan bintang Brazil itu, Nketiah tangkas mengetuai jentera serangan dan menjaringkan dua gol ketika menentang Manchester United pada Januari tetapi dia mengalami kemarau gol selepas itu dan kembali memanaskan bangku simpanan.
Bagaimanapun, graduan akademi Hale End itu masih mampu menjaringkan sembilan gol dalam semua kejohanan musim lalu dia bertekad memperbaiki catatan untuk musim 2023/24.
Bercakap ketika jelajah pramusim Arsenal di United States, Nketiah memberitahu wartawan: "Tidak, saya tak fikir dapat menerima peranan sebagai pemain kedua dan saya tak pernah menerimanya.
"Itu bukan mentaliti saya, itu bukan sebabnya saya tandatangani di sini. Saya mahu menjadi yang terbaik.
"Saya sedar saya mungkin tak beraksi setiap perlawanan dan itu keputusan jurulatih tetapi ia tidak pernah akan menjadi mentaliti saya untuk menerima keputusan itu."
Rakan sepasukan Folarin Balogun turut menjelaskan pendiriannya kepada pengurus dan mendedahkan dia tidak akan memanaskan bangku simpanan di Emirates dan mahu kerap diturunkan dalam skuad kesebelasan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tak-rela-kena-peram |
|
|
|
|
|
|
| |
|