CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2152|Reply: 21

Nasir Bilal Khan Pernah Frust Menonggeng, Tinggalkan Kekasih Sebab Nak Jadi Pelakon

[Copy link]
Post time 26-7-2023 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Nasir Bilal Khan, 63, pernah dilema apabila diminta memilih antara bidang seni atau kekasih.


Nasir berkata, ketika berusia 20-an, dia mempunyai kekasih dan kekasihnya itu meminta kata putus sama ada memilihnya atau bidang teater yang diminati.


"Masa itu saya fikir anak saya akan membesar dalam satu masyarakat. Kalau masyarakat itu tak elok, kemungkinan besar anak saya akan terikut jadi tak elok.


Foto: Harian Metro




"Dan saya terbabit dalam bidang teater kerana saya nak membentuk pemikiran masyarakat. Bila dia suruh pilih, saya pilih teater dan tinggalkan dia. Masa itu saya 'frust menonggeng' juga


"Saya memang suka dia. Dia nak suruh pilih, saya pilih teater. Tapi apabila dah bekerja, bekerja, ada satu ketika saya kecewa juga. Bila nak buat kerja banyak rintangan. Sepatutnya kita saling memahami," katanya.


Nasir yang terkenal sebagai Tok Adi menerusi Tanah Kubur berkata, dia pernah bersara selama dua tahun dari lakonan atas sebab tertentu.


"Matlamat pertama saya membabitkan diri dalam bidang ini kerana nak berhubung dengan masyarakat. Bagi saya hidup ini tanggungjawab. Apa yang kita tanggung di bahu kita, kita kena jawab dengan Allah di akhirat nanti. Sekarang ini pun saya dah banyak tolak tawaran.


"Ini pun ada satu filem kemungkinan besar saya tolak. Sebab bagi saya, yang utama bukan duit. Yang utama ialah tanggungjawab sebab kita orang seni kita menyediakan santapan rohani," katanya.


Menurutnya, apa yang masuk melalui mata dan telinga sama ada positif atau negatif akan memberi kesan kepada masyarakat.


Nasir yang tampil dengan musim baru Tanah Kubur berkata, drama itu sebenarnya bercerita mengenai matlamat hidup.


"Matlamat hidup kita mati. Kita semua akan menuju ke tanah kubur. Bila kita tahu matlamat hidup kita mati, apa yang kita nak isi dalam hidup kita biarlah selari dengan matlamat itu. Yang dianjurkan oleh Islam, yang terkandung dalam Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang patut diikuti.


"Bila Tok Adi nak uruskan jenazah, berhadapan dengan macam-macam masalah. Tanah Kubur adalah satu drama yang paling selari dengan matlamat saya terbabit dalam bidang seni," katanya.


Dia juga meminta stesen TV lebih memahami perkara ini supaya penerbit dapat menghasilkan produk yang baik untuk santapan masyarakat.


Tanah Kubur musim ke-16 akan ditayangkan pada setiap Jumaat, bermula 11 Ogos ini, jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis (106). -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok adi ni masa muda mesti hensem gak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti cikki tu tak cantik tu yang heolsss tinggalkan...

Entah2 rhoper rabiah jah...

Cc @_blackbird @bumpiq

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah drama tanah kubur ni kadang segala benda pnggil tok adi. Bidang kuasa lain pun tok adi kena selesaikan.. hahahaha. Tp sbgai hiburan dan pedoman, bolehlah layan. Jangan taksub dgn tok adi sudah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape cikki tu tok adi? Nek azizah mahzan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ex gf dia pun frust dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-7-2023 04:58 PM
Mesti cikki tu tak cantik tu yang heolsss tinggalkan...

Entah2 rhoper rabiah jah...

Ehhh nok kalau stakat level rabiah tu tak sempat nak frust menonggeng, sujud cukur lagi ada ler... hihihi gila sapa tak happy dpt bebaskan diri dari godzila vs kong
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dh kawen ke belom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba tok adi throwback kisah lalu. Ada terserempak ka baru ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 26-7-2023 07:35 PM
Sape cikki tu tok adi? Nek azizah mahzan ke?

Betul dh tu rasanya.
Sweet couple je diaorg dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
sk8er replied at 26-7-2023 11:45 PM
Betul dh tu rasanya.
Sweet couple je diaorg dulu

Kan dlm artikel ni sebut gf, bkn AM la kot sebab sempat kawin diorang tu
Sama2 berteater jg dl ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 08:56 AM | Show all posts
hahahahaha tak ada jodoh tok
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha tgk NBK tringt kisah lucu  maria farida main filter titoq... filter jd laki.. sbijik jd muka NBK hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
NBK ni apa statusnya ye? Solo ke ada isteri ke ade anak ke? Tapi siri tanah kubur ni memang hebatlah sampai bertahan ke 16 season. Ada peminat tersendiri walaupun iols sendiri dah bosan nak tengok sebab dah boleh jangka apa yang akan terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 09:30 AM | Show all posts
Klassie replied at 26-7-2023 10:50 PM
Dia ni dh kawen ke belom

dah, ex bini dia jijah mahzan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 09:31 AM | Show all posts
silampumeja replied at 26-7-2023 07:25 PM
Masalah drama tanah kubur ni kadang segala benda pnggil tok adi. Bidang kuasa lain pun tok adi kena  ...

Kan.. Kali terakhir ia bersiaran adalah pada 2016 lalu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2023 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nek Jijah tu siap berhuha dgn pelakon atok Kamarul kt Danok lagi. Separuh bogel lg nek Jijah time dlm kelab tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 26-7-2023 07:25 PM
Masalah drama tanah kubur ni kadang segala benda pnggil tok adi. Bidang kuasa lain pun tok adi kena  ...

Tapi kan cliche2 tanah kubur masih boleh layan la. Kalau yg indon punya lagi melampau, siap jenazah terpelanting masuk pengacau simen
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lampuled replied at 26-7-2023 04:41 PM
Tok adi ni masa muda mesti hensem gak.

waktu muda dia macam dalam filem perempuan isteri dan ..... kenapa zaleha?? kenapa kau buat macam ni Hah??kenapa Hahh??
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
SohaiLaksawi replied at 27-7-2023 03:07 PM
waktu muda dia macam dalam filem perempuan isteri dan ..... kenapa zaleha?? kenapa kau buat macam  ...

Body cam sudin 6 pack tu..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.121981 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list