View: 616|Reply: 3
|
Simpanan Nak Pergi Mekah- Duit RM30 Ribu Nenek Musnah Dimakan Anak-Anai, Bank Negara Ganti RM7,000 Je
[Copy link]
|
|
Seorang nenek sedih apabila wang simpanannya berjumlah RM30,000 di dalam sebuah kotak musnah dimakan anai-anai.
"Hari ni duit yang disimpan oleh nenek saya di kampung untuk tunaikan haji tahun depan sebanyak RM30,000 habis dimakan anai-anai.
"Bukan rezeki nenek nak ke Makkah. InsyaAllah lain kali ada lagi rezeki ni," tulis salah seorang cucunya di Facebook.
Foto: FB
Bercakap kepada mStar, Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi berkata, neneknya yang berusia 70-an menyimpan wang tersebut di dalam kotak di kediamannya di Rantau Panjang, Kelantan.
Dia yang merupakan cucu sulung berkata, difahamkan neneknya, Zainab Sulong menyimpan wang sebanyak RM30,000 itu sejak 10 tahun lalu.
"Nenek mula menyimpan sejak 10 tahun lepas semasa dia masih sihat dan bekerja di Kuala Lumpur. Dia berniaga dengan menjual kerepek.
"Selain itu, nenek juga mengambil upah mengurut. Wang simpanan itu juga campur dengan duit pemberian anak-anak dan cucu-cucu," katanya ketika dihubungi mStar.
Muhammad Khairul yang berusia 31 tahun berkata, mereka sekeluarga sebenarnya terkejut apabila diberitahu mengenai simpanan neneknya itu.
"Kami semua tak tahu nenek ada simpanan sebanyak itu. Kami hanya tahu dan pastikan nenek sentiasa sihat dan cukup makan.
"Alhamdulillah, nenek sihat dan masih boleh berjalan. Cuma dia tidak aktif seperti dulu masa bekerja di Kuala Lumpur," ujarnya yang berasal dari Gua Musang.
Menurutnya, sebahagian daripada simpanan kira-kira RM30,000 itu juga merupakan hasil pendapatan neneknya yang berniaga di Rantau Panjang, dekat sempadan Thailand.
"Sebanyak RM7,000 daripadanya adalah duit Ringgit Malaysia. Dah bawa pergi ke bank dekat sini, dan Bank Negara cuma terima duit yang 50 peratus rosak sahaja. Lebih daripada itu memang tak dapat.
"Kami juga dah bawa duit matawang Baht Thailand ke bank di Thailand. Tengok macam mana, kalau ada rezeki, adalah sikit untuk nenek," katanya sambil menambah neneknya mempunyai lima anak dan enam cucu.
Muhammad Khairul yang bertugas sebagai guru berkata, meskipun simpanan tersebut bagi tujuan menunaikan haji, mereka sekeluarga sebenarnya telah merancang untuk membawa nenek ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.
"Sudah tentu nenek sedih duit simpanan dimakan anai-anai, tapi dia dah okay dengan sokongan anak-anak dan cucu-cucu. Perkara pun dah berlaku.
"InsyaAllah, jika urusan dipermudah, kami sekeluarga anak-anak dan cucu-cucu merancang untuk menunaikan umrah bersama nenek, segala kos dan perbelanjaan nenek akan ditanggung kami," katanya yang menasihatkan perkongsiannya menjadi pengajaran untuk menyimpan wang di bank. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Nak simpan duit dekat bank takut kena scam, simpan dekat rumah jadi macam ni pula.. haih ujian untuk nenek |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu kesiannya...
dah nama takde rezeki gituh...huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|