View: 923|Reply: 3
|
Suami Balik Solat Subuh Di Surau Menangis Lihat Isteri Terberanak Sendirian Di Rumah
[Copy link]
|
|
Seorang wanita tular selepas tenang merakam momen melahirkan anak seorang diri di rumah pada Februari lalu.
 TikTok
Dalam video berkenaan, dia kelihatan memangku bayinya itu dengan kesan basah dengan cecair kemerahan pada tudungnya.
Kemudian, suaminya yang baru pulang dari menunaikan solat subuh di surau lantas menangis melihat keadaan isterinya.
Bertambah hiba apabila dia menyaksikan cahaya matanya selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.
Difahamkan wanita itu memang sudah mula rasa kontraksi dan pasangan berkenaan bercadang ke pusat rawatan sesudah suami pulang dari surau.
Sepanjang menanti, rupanya air ketuban sudah pecah dan dalam sekelip mata, bayi itu keluar dengan lancar.
Kemudian, barulah ada bidan setempat datang ke rumah mereka untuk pemeriksaan lanjut. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
rakaman content tetap tidak dilupa yahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ku tahu purpose utama henfon itu utk rakaman.. Walhal, kalau nk buat panggilan kecemasan kpd hospital for ambulance itu free shj..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku lepas baby keluar tutup mata terus lega selesa nk tidur.. fon & ank laki je pgg |
|
|
|
|
|
|
| |
|