CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 3

Pilih 'Simpan' Cinta Hati, Sufian Suhaimi Takkan Kahwin Dalam Masa Terdekat

[Copy link]
Post time 26-7-2023 09:45 AM | Show all posts |Read mode
“Jodoh rahsia Tuhan, saya pun tidak tahu bagaimana pengakhiran hubungan ini, saya ambil langkah bersederhana dengan tidak mahu terlalu banyak berkongsi.”


Dek status bujang dan sering diselubungi kisah lara jiwa, isu peribadi Sufian Suhaimi lebih mudah menangkap sensasi berbanding soal karier mahupun bisnes.




IG




Penyanyi itu bagaimanapun tidak melatah meski disua soal kekasih.


“Saya macam orang lain, bercinta dan pernah putus, namun jika orang kata saya akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, maka jawapan saya ialah tidak.


“Saya masih lagi dalam fasa mengenali hati budi si dia, setiap perhubungan menuntut proses yang pasti mengambil masa bukan sehari dua," ujarnya yang lebih selesa untuk tidak terlalu mendedah soal cinta.


Penyanyi asal Mersing, Johor itu juga tidak menafikan sering dilemparkan kata-kata kurang enak memperlekehkan teman wanitanya yang tidak berhijab dengan perniagaan bantal zikir yang diusahakannya.




IG




“Apa yang saya buat cuma mahu berkongsi kebaikan melalui zikir dan selawat. Itu perjuangan saya untuk berdakwah dan dalam masa sama mencuba sesuatu yang baru.


“Saya tahu ada orang kaitkan bantal zikir itu dengan penampilan teman wanita saya. Saya ambil maklum terhadap komen ramai.


“Saya terima nasihat dan teguran kerana ada yang betul, tetapi jika kurang tepat saya tolak,” jelasnya panjang lebar.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 11:55 AM | Show all posts
elok lah tak kahwin lagi nyah...

hancur lah harapan acik2 kepam gundu tudung labuh yang beli bantal kau sambil berangan nak di dodoikan oleh kau waktu tidur dengan mendengar suara belalang kau tu kalau kau kahwin...

dah la masing2 verangan nak tido dan jumpa babypian dalam mimpi...

alih2 rhopernyaaa pian nak yang seksi dan hot jugak bukannya kepam gundu dan bertudung labuh...

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 01:40 PM | Show all posts
Jadi, nak suruh anak2 dara semalaysia kejar cinta kau ke Pian? Yikes!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 01:51 PM | Show all posts
Siapa nak muka belalang mcm kau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.074257 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list