CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 1

[Perak] Suami isteri, remaja ditahan bersama 10 kg heroin

[Copy link]
Post time 25-7-2023 05:51 PM | Show all posts |Read mode

HEROIN bernilai lebih RM88,000 yang dijumpai dalam sebuah kereta didiami suami isteri di Jelapang, Perak, Ahad lalu. FOTO Ihsan Polis Perak

Ipoh: Suami isteri dan remaja wanita berusia 19 tahun ditahan bersama lebih 10 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai lebih RM88,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jelapang, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak kira-kira 3 petang.

Katanya, heroin dengan anggaran berat 10.713 kg dianggarkan bernilai RM88,917 itu ditemui di dalam kereta yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.

"Turut ditemui peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

"Suspek pertama dan kedua adalah suami isteri masing-masing berusia 30 tahun dan 27 tahun, manakala remaja berkenaan adalah adik suspek wanita," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suami isteri terbabit positif morfin, malah lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu turut mempunyai rekod jenayah lampau.

"Isteri dan adik wanita itu tidak bekerja.

"Pasangan itu ditahan reman enam hari bermula semalam hingga 29 Julai ini manakala remaja wanita direman tiga hari juga bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Mohd Yusri berkata, polis turut menyita sebanyak 22 unit barang kemas bernilai RM82,668 dan tiga kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori, kereta, dan motosikal dianggarkan bernilai RM109,500 yang dibuat mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Katanya, siasatan mendapati sindiket dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak September tahun lalu dengan dadah yang dirampas dipercayai untuk edaran pasaran tempatan yang mampu menampung permintaan seramai 15,000 penagih.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ersama-10-kg-heroin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 04:00 PM | Show all posts
AMarkets ialah firma pembrokeran yang mantap dengan reputasi kukuh dalam industri. Pedagang mungkin menghargai kebolehpercayaan dan kebolehpercayaan broker yang telah beroperasi selama bertahun-tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057260 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list