View: 1155|Reply: 5
|
Pasangan Nak Masukkan Dalam Mulut? Seks Oral Ada Pantang Larangnya!
[Copy link]
|
|
Kebanyakan suami isteri gemar mencuba pelbagai cara dan aksi bagi merangsang aktiviti seksual termasuk seks oral.
Selain mengelakkan si suami mencapai ejakulasi terlalu cepat, ia juga dilakukan sebagai langkah merancang kehamilan kerana enggan mengambil pil mahupun implan.
Bagaimanapun, penggunaan mulut, lidah, bibir atau gigi untuk aktiviti seks oral dengan pasangan bagi mendapatkan kenikmatan mungkin mengundang padah.
Gambar hiasan
Kebiasaannya aktiviti seks oral ini berisiko menyebabkan infeksi seksual seperti sifilis mudah berlaku.
Jika anda dan pasangan ingin melakukannya, pastikan mengamalkan beberapa langkah ini supaya kesihatan seksual terjamin.
1. Jangan memaksa diri atau pasangan
Mungkin anda atau pasangan tidak gemar melakukan oral seks atas alasan tertentu. Jadi katakan tidak kepada pasangan dengan cara baik ya!
2. Membersihkan alat kelamin
Kebersihan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan bagi pasangan yang ingin melakukan oral seks. Pastikan anda dan pasangan mencuci alat kelamin secara menyeluruh terlebih dahulu supaya tiada bakteria mahupun kuman terkumpul. Infeksi pada kelamin akan membuatkan anda berasa tidak selesa.
3. Membersihkan mulut
Selain alat kelamin, kebersihan mulut juga penting kerana oral seks menggunakan bahagian mulut untuk mendapatkan kepuasan syahwat.
Maklumlah, pelbagai jenis makanan masuk ke dalam mulut, pastinya bakteria dan kuman akan membiak jika tidak dibersihkan dengan baik.
4. Menggunakan pelincir
Ada yang memilih untuk tidak menggunakan pelincir semasa melakukan seks oral bagi memberi kesan maksima kepada pasangan. Namun, ia akan menyebabkan alat kelamin mengalami luka atau melecet, jadi penggunaan pelincir daripada bahan yang sesuai dapat mengelakkan kesan seperti itu.
5. Menggunakan pelindung atau kondom
Kepuasan akan lebih dirasai apabila 'skin to skin' berlaku. Bagaimanapun, penggunaan alat kontraseptif seperti kondom amat penting bagi lelaki dan wanita untuk mencegah infeksi kelamin daripada menular.
Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung untuk menyatakan bahawa hukum bermain-main secara seksual dengan menggunakan mulut dan lain-lain adalah diharuskan oleh syarak dengan syarat tidak membawa kepada penyakit atau masalah kesihatan, dilakukan secara konsensual atau suka-sama-suka, tidak membawa kepada kerosakan dan dilakukan dengan penuh adab. Begitu juga bagi isteri terhadap suami.
Apatah lagi pada zaman sekarang yang terdedah dengan pelbagai fitnah syahwat seperti penzinaan, pelacuran dan pornografi, sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan seksual antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan, selagi mana tidak melibatkan perkara yang haram seperti liwat dan menelan najis.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
bawah undang2 malaysia, oral seks salah.....
xde parti yg nk bawak isu ni ke pinda undang2
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon pakar kamasutra cari forum kita, greentea masuk mengadap...pengalaman menggodam pishang salai beraneka(dua yg sah)..... semoga dapat memberi manfaat pada adik adik kita semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku volunteer utk take attendance utk tred ini....serta minutes of discussion
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|