View: 175|Reply: 0
|
Kelab kerdil nyaris buat Liverpool 'merah padam'
[Copy link]
|
|
MOHAMED Salah selamatkan maruah Liverpool dalam aksi pramusim di Jerman ketika diikat 4-4 Greuther Furth. FOTO FB Liverpool FC
Villingen: Kelab divisyen dua Jerman tampaknya hampir memalukan kelab gergasi England, Liverpool dalam aksi pramusim di Jerman, awal pagi tadi.
Mujur jaringan lewat penyerang sensasi The Reds, Mohamed Salah menyelamatkan maruah kelab itu selepas terikat 4-4 dengan Greuther Furth.
Begitupun Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tetap tenang dan menganggap persembahan longlai anak buahnya disebabkan oleh faktor kepenatan.
"Sudah pasti tiada siapa mahu melepaskan empat gol tapi anda lihat pada babak kedua kami cuba melakukan gerakan dan kami terlalu lewat berfikir, mengumpan bola terlalu lambat, sentuhan pertama tidak bagus.
"Itu mungkin menyebabkan mereka boleh bangkit. Sejujurnya menjaringkan gol memang benar-benar bagus. Banyak persembahan individu.
"Kami mempunyai sekitar 50 minit bagi setiap pemain dan sekali lagi tiada siapa alami kecederaan. Satu kem latihan yang bagus dan saya amat gembira," kata Klopp.
Ujarnya lagi, objektif pasukan mengadakan latihan pramusim di Jerman baginya mencapai sasaran diinginkan.
"Kem latihan ini jelas bertaraf dunia, kami tiada sebarang rungutan. Jika boleh, kami akan cuba kembali ke sini kerana keadaannya sempurna, kami boleh melakukan apa saja yang kami mahu di sini.
"Kami mendapat sokongan jitu daripada kelab tempatan SV Aasen, mereka benar-benar banyak membantu dan ia sesuatu yang bagus.
"Bagus juga Greuther Furth datang ke sini untuk menentang kami, kerana kami sudah mahu pulang dan ia satu perjalanan yang jauh buat mereka untuk ke sini".
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... verpool-merah-padam |
|
|
|
|
|
|
| |
|