View: 203|Reply: 0
|
Bisa Messi terus ditagih Inter Miami
[Copy link]
|
|
LIONEL Messi (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Cruz Azul pada aksi Piala Liga-Liga di Stadium DRV PNK, Fort Lauderdale, Florida minggu lalu. FOTO AFP
Amerika Syarikat: Lionel Messi dijangka terus menjadi tonggak utama dalam saingan Piala Liga selepas aksi hebatnya membantu Inter Miami ketika saingan sama menentang Cruz Azul Jumaat lalu.
Dalam aksi Jumaat lalu itu, Messi meledak satu gol yang menarik menerusi sepakan percuma bagi menghadiahkan kemenangan 2-1 buat kelabnya.
Pengendali pasukan, Gerard Martino berkata, pada aksi sebelum ini beliau terpaksa memasukkan dua pemain termasuk Messi dan Sergio Busquets selaku pemain gantian, tetapi untuk aksi liga berdepan Atlanta United esok kemungkinan kedua-duanya bakal bermula dalam kesebelasan utama.
"Kemungkinan besar kedua-dua pemain iaitu Messi dan Busquets akan bermain dari awal. Saya melihat, jika kedua-duanya diberikan ruang dan aksi daripada mula perlawanan mungkin impaknya berbeza.
"Tetapi kita semua tahu bahawa apabila Messi bermain, jumlah masa yang akan kita bincangkan ialah 90 minit.
"Tetapi segala-galanya bergantung kepada kecergasan mereka, adakah mereka benar-benar bersedia untuk aksi itu nanti," kata bekas pengendali Barcelona itu.
Ujarnya lagi, beliau juga menjangkakan Messi akan terus diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan untuk aksi berikutnya.
Kemenangan awal pagi esok di Stadium DRV PNK akan memastikan Inter layak ke peringkat kalah mati kejohanan baharu menampilkan kelab MLS dan Liga MX Mexico.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ditagih-inter-miami |
|
|
|
|
|
|
| |
|