View: 373|Reply: 2
|
Saya Tak Kerja Dengan Pengarah Yang Saya Tak Percaya – Tony Eusoff
[Copy link]
|
|
Menafikan bersikap terlalu memilih, pelakon, Tony Eusoff, 46, memaklumkan dia hanya sedikit teliti sebelum menerima sesuatu watak yang ditawarkan kepadanya.
Kata Tony, tindakan itu wajar bagi memastikan katakter yang dibawakan benar-benar sesuai dengan kemampuan lakonan yang dimilikinya.
“Saya pernah menolak naskhah yang bagus disebabkan tidak berminat dengan watak yang diberikan kepada saya.
“Saya bukanlah pelakon yang terlalu memilih, tetapi penting untuk saya melakonkan watak yang benar-benar menarik minat dan mampu saya bawakan.
“Kita kena tahu kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Disebabkan itu, saya tidak sekadar main ambil sahaja sebarang tawaran lakonan. Perlu pilih yang benar-benar bersesuaian,” katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu menjalani penggambaran drama terbarunya, W: Two Worlds, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Tony mengakui dia sebolehnya mengelak bekerjasama dengan pengarah yang kurang dipercayainya.
“Saya kena betul-betul percaya pengarah kerana merekalah individu yang bertanggungjawab menentukan hala tuju sesuatu naskhah itu.
“Jadi, pendek kata saya tidak akan ambil apa-apa tawaran yang membabitkan pengarah yang saya tak percaya,” katanya lagi.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka betul dgn watak yg heols bawak dalam drama Liar asteruk tu...menjadik betullll |
|
|
|
|
|
|
| |
|