View: 225|Reply: 0
|
Manchester United pamer mesej jelas
[Copy link]
|
|
FERNANDES (tengah) meledak gol pembukaan ketika United menewaskan Arsenal pagi semalam. - AFP
NEW JERSEY – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui bahawa perlawanan persahabatan tidak ada dalam ‘kamus’ pasukannya dan gembira apabila menyaksikan para pemain bintang tidak mengambil masa yang lama untuk membuktikan kemampuan.
Pagi semalam menyaksikan United berjaya menewaskan Arsenal 2-0 pada aksi persahabatan pramusim di Stadium MetLife, New Jersey menerusi jaringan yang dihasilkan oleh Bruno Fernandes dan Jadon Sancho.
Ten Hag percaya kemenangan itu bukanlah ukuran terbaik kekuatan pasukannya, tetapi sangat gembira melihat komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh para pemain untuk meraih kejayaan.
“Kami tidak bermain aksi persahabatan. Kami sangat gembira dengan cara kami bermain terutama ketika bersama dan tanpa bola. Saya fikir ini adalah cara yang kami mahu pamerkan dalam setiap perlawanan,” kata Ten Hag.
Tambahnya, prestasi yang dipamerkan dan keputusan yang diperoleh pada aksi tersebut merupakan mesej jelas kepada para pesaing bahawa United tidak bersedia untuk melepaskan peluang bersaing merebut kejuaraan musim depan.
“Saya sudah memikirkannya (mencabar kejuaraan) sejak musim lalu. Anda boleh melihat bagaimana kami bermain ketika perlawanan kecil dan berprofil tinggi. Kami telah membuktikan bahawa kami mampu menewaskan sesiapa sahaja.
“Namun, kami perlu lebih konsisten dan saya fikir itu adalah cabaran yang paling besar kami perlu hadapi. Saya bersedia dan teruja untuk memulakan musim baharu dan membuktikan kemampuan United,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... -pamer-mesej-jelas/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|