CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Terengganu] Hari-hari bau najis

[Copy link]
Post time 24-7-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Bahagian luar bangunan Jerteh Souq, bersebelahan Stesen Bas Jertih, Besut dipenuhi kesan najis burung. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Jertih: Keselesaan pengunjung di bandar Jertih di sini terganggu dek kerana bau busuk dan kotor akibat najis burung tiong gembala kerbau atau burung lebar yang menjadikan bangunan serta pokok sekitar bandar itu sebagai habitatnya pada waktu malam.

Difahamkan, ratusan burung tiong gembala kerbau pulang ke bandar ini menjelang jam 6.30 petang setiap hari.

Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan sekitar kaki lima, bawah pokok dan bangunan sekitar bandar dipenuhi najis burung terutama waktu pagi.

Paling terkesan adalah peniaga dan pekerja di bangunan Jerteh Souq, terletak bersebelahan stesen bas Jertih yang menghidu bau busuk dan menyengat hidung setiap hari.

Bukan hanya bau busuk dan persekitaran kotor, masalah itu juga dikhuatiri mengundang penyakit kepada orang ramai.

Masalah itu berlarutan sekian lama dan pihak berkuasa sudah mengambil tindakan.

Namun, tindakan susulan amat perlu demi memastikan persekitaran bersih, sekali gus memberikan keselesaan kepada mereka.

Peniaga, Muhammad Azmi Abd Rawi, 29, berkata, dia menyewa lot kedai untuk menjual aksesori telefon di tingkat satu bangunan berkenaan sejak 2020.

Katanya, setiap hari dia menghidu bau najis burung ketika membuka kedai.

"Disebabkan keadaan persekitaran kurang selesa, ada pelanggan memilih menggunakan perkhidmatan penghantaran barang terus ke rumah mereka kerana tidak mahu datang ke sini.

"Walaupun banyak lot kedai berhampiran, hanya beberapa peniaga menjalankan perniagaan di sini kerana mereka tidak selesa dengan persekitaran," katanya.

Katanya, sepanjang hampir tiga tahun dia mencari rezeki di kawasan itu beberapa tindakan dilakukan pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Besut (MDB) bagi mengelak burung masuk ke dalam bangunan seperti memasang jaring serta pintu kaca namun keadaan tidak berubah.

"Cadangan saya, mungkin pengurusan bangunan ini boleh memindahkan kaunter tiket bas di tingkat bawah ke atas bagi memudahkan kerja membersihkan najis burung," katanya.

Tukang jahit, Ruhana Mamat, 63, berkata, sejak hampir 10 tahun berniaga di kawasan itu keadaan tidak berubah.

"Hampir setiap kali pelanggan datang pasti merungut mengenai bau busuk serta keadaan persekitaran kotor dipenuhi najis burung.

"Jika kawasan ini bersih kami boleh berniaga lebih selesa dan ramai pelanggan berkunjung ke sini," katanya.

Penjual tiket bas, Che Noraini bt Che Omar, 40, berkata, setiap hari dia berdepan situasi tidak selesa ketika bekerja kerana najis burung berserakan di hadapan kaunter.

"Biasanya awal pagi kawasan hadapan pintu masuk kaunter dipenuhi najis burung dan pekerja pembersihan mencuci kawasan itu beberapa kali sehari untuk menghilangkan kesan najis.

"Antara langkah yang boleh diambil pihak berkuasa adalah memasang siling pada bumbung terbuka bagi mengelak najis burung berselerakan di atas bumbung kaunter tiket bas dan kawasan souq.

"Kami mohon supaya pembersihan mingguan secara berkala menggunakan semburan water jet dilakukan untuk mencuci najis burung di kawasan hadapan bangunan terutama di bawah pokok," katanya.

Noraini berkata, menjelang Maghrib kawasan berkenaan bising dengan bunyi burung dan menganggu urus niaga dengan pelanggan.

Pengunjung Yusnita Mat Salleh, 40, berkata, pihak berkuasa tempatan perlu lebih peka dengan kebersihan kawasan persekitaran bandar Jertih bagi menjaga imej terutama kepada pelancong dalam serta luar negeri.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... hari-hari-bau-najis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.240108 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list