CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 3

Ringgit Boleh Cecah RM3.70 Sedolar AS Akhir 2024

[Copy link]
Post time 24-7-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ringgit boleh mencecah RM3.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun depan, disokong pertumbuhan China yang kukuh dan ekonomi AS yang bertahan.


Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias, berkata jangkaan perkembangan di dua kuasa besar ekonomi dunia itu akan menyokong pertumbuhan Malaysia yang turut akan menjadi kukuh, sekali gus menyokong mata wang tempatan.






"Kadar inflasi juga mereda dan kekal pada tahap yang boleh diurus. Bank Negara Malaysia (BNM) turut berkemungkinan tidak akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana bank pusat itu melihat bahawa kadar faedah berada pada paras normal, namun perbezaan kadar faedah dengan AS sepatutnya melebar apabila Rizab Persekutuan (Fed) mengurangkan kadar.


"Dalam senario ini, nilai AS berbanding ringgit sepatutnya mencecah RM4.30 menjelang akhir tahun ini dan menghampiri paras RM3.70 menjelang akhir 2024," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Bagaimanapun, dalam senario terburuk, Suhaimi berkata, ringgit mungkin mencecah sekitar RM4.70 berbanding dolar AS pada akhir 2023 dan menghampiri paras RM5.00 menjelang akhir 2024.


"Ini berlaku jika inflasi Malaysia meningkat sebagaimana yang dihadapi di AS yang ekonominya juga mencatat kemelesetan.


"BNM mungkin menaikkan kadar untuk menangani inflasi yang tinggi tetapi kadarnya mungkin masih ketinggalan berbanding AS, di tengah-tengah kebimbangan keadaan ekonomi tempatan," katanya.


Sementara itu, beliau menjelaskan, dalam kes asas ringgit mungkin berakhir pada paras sekitar RM4.57 menjelang akhir tahun dan kira-kira RM4.20 pada 2024.


"Dalam keadaan ini, Malaysia masih akan mencatatkan pertumbuhan positif di tengah-tengah pemulihan di China dan inflasi juga berkurangan.


"BNM mungkin tidak menaikkan kadar faedah dengan bank pusat melihat pada tahap normal sekali lagi tetapi berdasarkan pengurangan kadar faedah dari Fed serta perbezaan kadar mungkin meningkatkan manfaat ringgit," katanya.


Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar AS pada sesi awal hari ini selepas minat risiko dalam pasaran tempatan terjejas disebabkan pengukuhan ketara mata wang negara maju itu menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Persekutuan AS (FOMC).




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 09:08 AM | Show all posts
pastu? sama juga xleh nk jelajah US. gittew!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 12:31 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 25-7-2023 12:41 PM

Amat disayangkan analisis  atau prediksi tersebut masih bersifat pesimistic .... kurang atau tiak memperhitungkan Malaysia sebagai negara besar bangsa melayu mahawangsa ....

Malaysia sebagai negara besar melayu mahawangsa dengan luas wilayah yang maha luas di alam melayu bukanlah kekuatan ekonomi yang boleh dispelekan berbanding negara besar lainnya seperti China dan Amerika Syarikat ...

Dengan berbagai sokongan sumber daya alam dan manusia bangsa melayu mahawangsa yang maha besar dan terkaya di dunia .. ekonomi malaysia di hadapan akan menjadi lebih kukuh dan besar dibandingkan China ataupun Amerika ... jika hal ini terjadi  nilai ringgit X mustahil akan sama valuenya dengan nilai USD (RM 1 = USD 1) bahkan X mustahil lebih tinggi lagi ...
Pada masa itulah Malaysia boleh dikategorikan sebagai negara dengan   ekonomi No 4 terbesar dan terkuat di dunia .. No. 1 di asia tenggara  dan No. 3 di Asia setelah China dan India ...

Kejayaaan Malaysia sebagai negara melayu mahawangsa pastilah akan mendorong perubahan geopolitik dunia saat itu ...Bahasa Melayu akan menjadi bahasa linguafranca yang paling berpengaruh mengalahkan bahasa inggris sebagai bahasa no .1 di dunia ..

Selain itu ....share malaysia malaysia terhadap ekonomi dunia jga akan meningkat secara significant ... dampak postivenya adalah pengaruh politik malaysia melayu mahawangsa akan ang semakin membesar ...maka automatically cita-cita malaysia menjayakan  kebesaran bangsa melayu mahawangsa sebagai bangsa yang paling berjaya di dunia akan terwujud dengan mudahnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
News yg pmx suka utk klaim kredit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052549 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list